Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, April 29, 2013

Blog & Konsep.

Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Assalamualaikum ...

Teringat masa mula-mula nak created BloG ni.
beberapa kawan Nisah kata, Blog perlu ada konsep.
konsep mak-mak budak, konsep makcik makcik. konsep novel, dan banyak-banyak konsep.

ahkak pun mula memerah otak, duk pikir konsep ape lah yg akak nak buat.
memula akak nak buat konsep puisi-puisi gitu.
tapi lama2, ada pulak cerita personal life nak kongsi.
pastu terfikir nak buat konsep masakan.
tapi masak-masaknya biasa aje.
takde yang spesel.

akhirnya, akak fikir.
tak payah konsep sangatlah.
carca marba sudahlah
semua aje masuk. yang penting dapat sharing.

yang baik di jadikan teladan, yang buruk, harap ditegur.

bagi sesetengah pendapat konsep berblog wajib ada.
ini menampakkan mutu setiap blog yang kita ciptakan.
Ya, mungkin bagi sesetengah pendapat begitu. 
ada yang beranak-pinak. maka konsepnya ibu-ibu aja.
ada yang belum berkawin, maka konsepnya bujang-bujang aja.
ada yang telah berkawin. jadi konsepnya like huneymoon huneymoon aja.

jadi pada wanita seperti akak yang sudah lama berkahwin, tidak ada cahaya mata. tidak pandai masak. 
maka konsep Blognya apa yang layak??

Konsep Blog . terpulanglah pada anda untuk meletakkannya.
kerana akak rasakan lebih selesa tanpa Konsep.
apa sahaja ingin di cerita.
ceritakan aja.
jika rasa ingin berpuisi. karang kan aja. dan tampalkan aja dalam blog.
jika mahu berkongsi resepi. taip ajalah dengan penuh keikhlasan. 

apa yang akak rasakan. Nisah adalah seorang Isteri, Muslimah. Dan Dengan Izin Allah bakal menjadi Ummi suatu hari nanti. Jadi laluilah saat-saat ini. Berkongsilah apa sahaja yang di rasakan perlu.
kalau berkonsep-konsep nanti bimbang jugak Blog akak asyik ke laut aja entri nya.

asalkan ikhlas. ikhlas seperti berlian didalam bekas himpunan kaca.
tak ramai yang dapat melihat/ menilai.
namun Allah Maha Mengetahuinya..

namun, apa yg terniat di hati ni.
diharapkan Konsep Blog ini, akan lebih kepada Islamik-islamik gitu.
eh . konsep jugak kan ?? 


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
konsep blog anda bagaiman?
atau anda rasa , konsep penting untuk blog anda?







12 comments:

  1. Akak punya blog lg x ada konsep dik..
    Just cerita biasa2 pasal kami..
    Pasal si Aqil..
    Pasal mak dia yg suka enterprem..
    Hik3!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mak die memang.
      suke enterprem aje.

      kak, rasenye kalau xde konsep lagi senang kot nak menaip hehe

      Delete
  2. Salam K.Nisah muchuk muchuk..
    wah..berkonsep gitew...
    konsep blog cma 'redah apa yg ada' asalkan bersesuaian..
    klu nk stick pd satu-satu konsep sahaja.. rasanya...cma blm kearah itu..

    suka je dgn konsep blog akak ni..'mesra alam'
    klu nk berislamic pun boleh kak..akak pandai mengarang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Shayang..
      same goes with.
      redah je. yang penting mesej tersampai kan.
      hehehhe . Islamic ye dik, akak tak pandai sangatlah. main campak2 aje ayatnya. hehhehe

      Delete
  3. setuju dengan nisah.. kalau nak tulis entr ikutkan konsep. mmg asyik ke laut ajer jadinya :)
    sama la dgn kita, mmg caca marba... semua entry main tulis apa yg berlaku, mcm diari pun ada kadang2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, ye kan. ikutkan konsep. kadang-kadang tak menjadi.
      taip ajelah selagi mampu menaip dan mencurahkan idea kan (^_~)

      Delete
  4. ok je nisah blog nisah.
    Be your self.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks TA.
      try my best.
      thanks remind me. "Alhamdulilah, Be my self" much better rite? (^_~)

      Delete
  5. Mmg terbaik la konsep Islamik yg Nisah praktikkan dalam blog ni..kak M suka tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak M, islamik tu tak berapa islamik sangat kak.
      ilmu nisah masih cetek.
      masih mencari & belajar supaya lebih baik.. (^_~)

      Delete
  6. susah nak berkonsep... hihihi akak punya blog kasi muat segala apa yang ada...rojak pasembuq gitu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, rojak pasembuq lagi sedap kot.
      kalau satu rasa je. lama2 jemu jugak hehhehe

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!