Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Sunday, April 28, 2013

- DIMO stories.


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

kesinambungan dari kisah  DIMO Operation 

Sepanjang perjalanan dari rumah, Dimo ummi letakkan atas ribaan. Dimo seekor kucing yang tidak mahu duduk dalam carry box. Beberapa kali ummi cuba letak dia dalam carry box , berkali-kali juga dia cuba keluarkan diri dengan ganasnya. Dia akan mencakar2 pintu cage tu, dan selepas itu dia akan sondol2kan matanya yang bengkak itu ke pintu cage. agak-agak, apa perasaan anda bila melihat dia dalam keadaan macam tu? dengan mulutnya tidak berenti meowingg. aduhai. sedang memandu ni pun tidak selesa melihat dia seperti itu. akhirnya, ummi decided untuk letak cage seat belakang, Dimo ummi letak seat sebelah ummi, dan dia akan berjalan ke ribaan ummi. Maka, terjadilah aksi memandu sambil meriba. Dimo punya pasal. itu lebih rela dari melihat dia mengganaskan diri.

semasa balik, Ummi lihat dia masih mamai dek ubat bius. 
masih mampu berjalan, namun terhoyong hayang.
dalam position yg sama. beliau baring di ribaan ummi..
sambil memandu sambil ummi membelai DIMO, dia tertidur. ummi menangis tanda kesyukuran . Alhamdulillah, Dengan IzinMu Ya Allah, segalanya menenangkan hati hambaMu ini.

sesampainya di rumah, ummi letak Dimo didalam bilik. Perlu asingkan, kerana kesan operation DIMO perlu di jaga, takut2 jika die bermain, akan terbuka jahitan, atau takut2 dia bermain dengan adik beradik, takut tercakar dan akan bengkak. Apabila Dimo di kurung, itu bukan perkara yang remeh. Dia asyik meowingg je untuk di keluarkan. Dah satu hal pula, ummi duk dalam bilik tu meriba dia. Ummi keluar die pun cepat2 lari ikut langkah ummi. sedar-sedar dia sampai dulu kat depan tV. bertuah. 

Alhamdulillah, dibekalkan dengan Ubat Tahan Sakit & Antibiotik selama 5 hari.
Doktor beritahu, sehingga 5 hari jika tiada bengkak  atau darah keluar dari mata itu bermakna die semakin sembuh.  Alhamdulillah. Dan rezeki Dimo, kos rawatan Dimo hanya RM130.00 . Jika tidak, Doktor kata RM180.00. Alhamdulillah, doktor bagi diskaun. Rezeki, siapa mahu menolak?

inilah DIMO.
kiri : sebelum pembedahan .
kanan : selepas pembedahan.
sengaja ummi capture gambar kanan seperti itu.
tidak mahu biarkan anda melihat kesan jahitan yang masih baru.
gambar sebelah kiri. pasti ada yang berkata di dalam hati "ishhh teruknya"
sesungguhnya, berat mata anda memandang, berat lagi hati ini ingin menempuhi.
doa demi doa di mohon agar kekuatan diri ini tinggi.
jarang-jarang Ummi siarkan wajah DIMO, bukan tidak sudi. namun bimbang anda tidak sudi melihat DIMo  sebegini.
ramai yang mengerutkan dahi, ramai yang menundingkan jari. tatkala kaki DIMO melangkah keluar. Berbuih mulut ingin menjawab setiap soalan yang di ajukan oleh jiran. mulut manis, namun hati tercalar luka. siapa tahu??


Tidak sabar untuk melihat Dimo berlari riang, menjilat pipi ummi, mencium hidung ummi semula. seperti selalu.



8 comments:

  1. Salam. nisah. lamanya tak ke sini.. Semoga sihat2 ye..

    ReplyDelete
  2. akak nangis ni tengok gambar dimo sebab muka dia sama macam muka kucing puyuh akak..
    moga dimo cepat sembuh, sian kat dia..take care nisah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, berkongsi kesedihan disini.
      kak, take care to you too. doakan semuanya baik ye kak (^_~)

      Delete
  3. cepat2 sembuh dimo,,t leh kiss ummi lame2 ye,,
    ~huwaaa sedihla

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaaaaaaa marilah menanes bersama.
      hikhik, die dah start geget ummi dah ...

      Delete
  4. salam kak nisah sepet..^^

    huhu.. x sampai hati nk tgk keadaan dimo yg sebelum tu.. mmg teruk lukanya..tabahnya akak menjaga dimo...
    bertuah dimo & abangadik2 lain dpt ummi yg sebaik akak ni... alhamdulillah...

    semoga dimo cepat2 sembuh sayang... jgn ganas2 sgt..huhuhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sayang Cma.
      kan . akak 1st time tengok die macam tu.
      Ya Allah runtuh hati akak ni dik.
      tak berani nak letak ubat kat mata dia.
      suatu hari suami akak g O/S. paksa jugak akak letakkan.

      pastu bile buat checkup doc suh bersihkan luka tu.
      aduhai, sampai tak sampai. gagahkan jugak akak buat.
      bila dah hari2 mengadap perasaan tu dah hilang..
      maka, dah jadi terbiasa dah..

      doakan Dimo cepat sembuh ye dik ...

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!