Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, April 16, 2013

Hari Ini Hari Yang.. Mood Ke ..........

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

pagi-pagi saye masuk opis.
sampai je opis pukul 9.25 am.
lambat. gara-gara saye pergi memblender cili.
blender punye blender, tak sedar dah pukul 8.30 am.

tengok je jam, dah pukul 8.30 am.
dengan keadaan kelam kelibutnya saya berlari, melompat2 menaiki tangga untuk ke atas
.untuk bersiap. opsss sebelum bersiap saya perlu mandi dahulu.

dan saat ini , mandi tidak perlulah seperti di dalam SPA.

okey, saya keluar rumah jam 9.06 am

fuhhh nasib baik lah rumah ke opis cume 3.8km aje.
dengan confident nya saya budget jam 9.15 sy akan sampai ke parking opis.

tapi, apabila kereta saye membelok ke jalan raya utama. saye telah set kan untuk ke laluan belah kanan. sebab boleh tekan minyak lebih sikit. tetapi tengah saya syok2 melayan perasaan sambil mendrift sebelah kanan, tiba-tiba. ada lori potong di depan saya. "belah kanan" . saye budget, lori tu boleh bawak lah 100 km/j . jadi tak menganggu perjalanan saye. seperti yang di luar jangkaan. sungguh lori bawak laju sebijik, seperti dan tak ubah seperti SIPUT. seperti SIPUT. aduhaii.. "LAJU" gilerrssssss...... saye rase macam nak hon-hon -hon aje, tapi saye sabar. Relazzzzz kak Nisah oiiii.. macam siput je kot.

Jam 9.25. saye sampai opis. masuk bilik. bukak ekon. duduk bersandar.
ambil nyawa kejap ehh amik angin. panas. sebab berlari2. habis semua peluh2 jantan keluar.

sambil duduk jap, sy belek2 henpon . tengok fB.. 
scroll down, scroll up, scroll down & scroll up. senyum sorang-sorang bila baca fB yang best/kelakar .

mesti anda pun pernah kan . kan . kan ... 
datanglah seorang Technician. menegur.
"internet ni penyakit sungguh lah, tak dan buat apa pun duk senyum sorang-sorang macam orang gila"

(saye tak pandang dia, sy terus dgn cara saya) sebabnya begitu ? sebabnya saye sedikit panas dengan teguran dia. sembang macam dia xde faceBook. sembang macam dia tak layan intErnet. huh IRRITATED okay !!!!!!!

dan tetiba. meja saye di hentak . 
opssss terkejut. rupenya Technician tu yang hentak.
terkejut mak .. termelatah sikit. sikit je. 

dan dan pulak die nak buat lawak tak cerdik.
"Nisah tak melatah ye? nasib Nisah tak melatah. orang putih kata. orang kalau melatah ni. otaknya kosong" -- nisah diam . dan dia sambung lagi . "dulu hani tu, kuat latah, sekarang dah tak latah dah"
pastu nisah jawab "sekarang ni otak dia dah penuh la tu"
dia ketawa, tapi tidak Nisah. Nisah menjawab dalam keadaan serious. sebab saket hati. sebenarnya.

pastu Nisah sambung "orang ni pun satu, dah tau orang tu melatah, yang sibuk nak cuit2 tu kenapa. suka sangat nak tengok org melatah, dah org tu melatah dah kata org tu otak kosong. orang melatah ni, kalau xde sape cuit dia, xdenya dia melatah. seronok sangat ke tgk org terlompat2, melatah2 bagai ni. kesian tau org melatah ni, penat dorang. ingat dorang suke ke melatah. dorang pun tak suke. tp nak wat  cane, dah spontan terlatah. bukan di buat-buat." -- jawab nisah panjang lebar .

pastu dia balas . "seronok tgk org melatah ni"

nisah jawab. "memanglah seronok, sebab korang tgk die melatah. korang ketawa. pastu korang pun mengatalah die OTAK KOSONG, pastu the same time korang seronok lah dapat membuka AIB die, menjatuhkan maruah die depan orang ramai. seronoklah kan."

die jawab "alahhh gurau2 ja."

Nisah jawab "bukan semua gurauan tu boleh buat orang gembira, ada juga gurau yang buat orang sakit hati. dari gurau juga buat orang benci, buat orang marah, buat orang berdendam. be careful with your words."

Dan die berlalu tanpa kata.
kata-kata nisah yang terhambur yang berbaur sedikit kegeraman.



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
tolong lah. keaiban itu bukan satu gurauan.....







7 comments:

  1. Sesiapa yg membuka aib org nescaya ALlah swt akan membuka aibnya kembali..
    Kalau akak le nisah pepagi org dah bg panas hati..
    Memang sampai ke petang ler angin puting beliung tu mari..
    Hi3!!!

    ReplyDelete
  2. Salam K.Nisah yg Gojessss :)
    Hamoih... begitu derasnya lori itu memecut.. umpama siput ye?
    Kalu cma la... cma dah rebus siput tu buat sup tau..

    Lamanya akak memblender cili? Nk masak apa agaknya ye?? Siput cili maybe? Hihih..
    Pecaye @ tak, dgn menghadap blog k.nisah ni aje dah buat cma sengeh2 sorang.. hahaha..

    Errr... ermmm.. mmg tak sokong gaya technician tu.. dah mengusik org melatah, dikata plak otk kosong.. motipppp??

    Muahaha.. senyum jer.. :)

    ReplyDelete
  3. kak nisah..kdg2 kesian dengan si pelatah..tanpa sedar aib dirinya dibuka..bukan si latah yang otak kosong..tukang cucuk tu otak tak berapa nak betul :)
    sy suka ini : (^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
    tolong lah. keaiban itu bukan satu gurauan.....

    ReplyDelete
  4. Done hishop :)

    ohoooo..nk komen.. bekgeround polkadot kaler pink menyentuh jiwa...
    ahaks! saya suka! saya suka! header pun gojes cam tuan dia.. :))

    ReplyDelete
  5. boleh tahan juga nisah menyembur tuu..hihihi

    ReplyDelete
  6. assalam Nisah..betul kata Nisah..orang latah akan rasa penat sangat selepas dia berhenti dari melatah..arwah mak acik dulu pun latah..kesian dia

    ReplyDelete
  7. kesian kat orang latah tu..
    tah apa2 technician tu kan..hurmm

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!