Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, April 17, 2013

Bagaimana Cara ANda ??

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

sebagai seorang wanita. ehem ehem....
saye sangat berharap agar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami tercinta .
"ini MOTO untuk SEMUA istERI"

dalam urusan saya menguruskan rumahtangga.
pastinya saye tidak terkecuali dari berjiran dengan "kesibukan"
pagi-pagi bangun uruskan itu dan ini.
walaupun saya masih tidak di anugerahkan cahaya mata. itu tidak bermakna saya mampu berjoget bersenang lenang. kadang-kadang kelam kabut jugak.
bangun pagi, bergegas mandi. solat. pastu turun ke bawah . isi makanan untuk anak-anak bulus. lepas tu sediakan sarapan .
dah siap sarapan. masuk bilik belakang. bersihkan litter Box, lambat bersihkan. dorang xnak masuk. nak tunggu bersih baru nak melepas untuk pagi tu . 
dah siap bersihkan. Vacuum umah . (umah kena vacuum kalau x, bergumpal bulus-bulus anak-anak tu)  masuk dapur balik. basuh pinggan. sementara. hubby pun sarapan. lepas sarapan. beliau pun ke tempat kerja. bila dah babai. 
Nisah iron baju. bila dah iron baju. naik atas . mandi. siap2 then  pegi opis.

Balik kerja, bukak peti ais. nyah bekukan ikan, ayam or etc -
bukak tv. biarkan tv cakap sorang-sorang
- isikan makanan / minuman anak-anak .
- bersihkan litter box 
- vacuum . untuk ari selasa . vacuum & mop umah.
- untuk hari rabu . vacuum & basuh kain.
- start memasak -
part memasak ni agak mencabar. 
masuk dapur pukul 6.30 tapi siap masak pukul 9.00 mlm..
lamanye. memasak yang di selangi dengan menonton AKASIA, MANDI . SOLAT. SAMBUNG MASAK. 
AKASIA pun dah SATU jam kan..

haishhhh.... bila balik kerja. semuanya nak ekspress.  semuanya nak senang .
jadi . bila dah nak cepat. nisah kenalah buat cara orang malas memasak.

untuk mempercepatkan dan memudahkan memasak. 
every weekend Nisah blended siap-siap bahan-bahan utama untuk memasak . 
itu termasuklah, bawang merah. bawang putih . halia . cili -cili .
cili pulak terbahagi kepada dua.
1. untuk cili mesin sahaja
2. cili untuk buat sambal tumis. included bawang2 and belacan.
biasanya cili ni nisah didihkan dulu, bg kering airnya..
proses ni juga mampu mempercepatkan waktu untuk menumis

nisah simpan dalam peti ais . setiap kali nak masak. Nisah cuma ambil mengikut kuantiti masakan.
Nisah simpan seperti ini (^_~)




ada yang tidak suka cara ini. 
katanya. bahan tidak fresh. 
dahulu, Nisah masak seperti anda. nak masak baru blend. tapi itu dulu.
lama-kelamaan Nisah rasakan masa makin suntuk. 
jadi jalan ini harus diambil untuk menjimatkan masa.

tak sanggup nak duk dapur lama-lama.
sesekali nak juga berehat lama-lama atas katil . 




Cara anda bagaimana ?
Jom kongsikan di sini .


dengan ini, secara rasminya ...
akak dah jawab soalan Cma di bawah ini ...



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>

ini cara nisah, cara orang malas. maaflah. mungkin ada yang mengandaikan nisah tidak menjaga kesihatan, kerana membuat jalan ringkas seperti ini. Namun, maafkanlah jua. Nisah Isteri biasa. yang sangat lemah melawan arus masa. Jika suatu masa nanti, Nisah menjadi suri rumah  tangga sepenuh masa. InsyaAllah, cara ringkas ini akan Nisah cuba elakkan.






8 comments:

  1. bagusnya nisah siap ada label..senang keje kan :)

    ReplyDelete
  2. Salam K.Nisah TomeyMomei :)

    mihmihmih...satu persatu daku membacanya..lalu tersenyum sorang2..kan..dgn menjejakkan jari & mata kesini mampu menyepetkan mata dgn senyuman.. hihi..

    Kak Nisah.. jgnkan akak. cma pun buat cara ni tau... semuanya blend siap2.sinang kirija.. nk masak je, guna bhn2 yg siap blend..

    tp gayanya akak lg kemas sbb siap berlabel.. klu cma? dan aje letak dlm bekas..blend utk seminggu pakai.. kadang3 x abis pun sbb dapur jarang berasap.. opss..kantoi disitu..mihmihmih...

    doakan cma menjadi isteri yg pandai menguruskan rumah tangga & jaga perut en alan elok2 tau..
    alhamdulillah...beruntung en hubby akak punya wifey yg teliti cenggini.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link, citer dan pendapat. kalu sudi, jom ke teratak saya juga, maceh.... :p

    ReplyDelete
  4. rajinnya nisah, siap berlebel lagi...tentu en suami bertambah sayang..

    ReplyDelete
  5. salam nisah....kros pun mcm nisah blend siap2 pastu msk peti ais. cuma xde le label mcm ko, rajinnya tabik akak. btw cara ni dah jadi mcm amalan dr dulu masa kerja (walau akak ada maid tapi, leceh nak yuruh2 time kita nak masuk dapur) smp leni dah jadi surirumah. btw xyah spend masa lelama kat dapur dok ulang bt benda yg remeh temeh. pahala kita byk lagi dgn melayan suami & anak2 gitu ;) btw lain org lain caranya, susah le kita klau semua nak tip top mcm org lain, kan?

    ReplyDelete
  6. So praktikal la Nisah..siap label tu..cepat dan mudah wat camtu...

    ReplyDelete
  7. Cara akak ni memang recommended untuk orang yang kejar masa, even chef2 pun buat lagu tu (tips saya tengok kat tv) saya sendiri pun walau banyak masa kat umah, still blend siap2 bahan2 yg selalu guna tu, satu untuk jimat letrik hahaha.
    Better lagi akak blend sumer sendiri, still fresh apa, dari guna yg dah ready made dari kedai tu lagi la apa2 jer bahan depa letak kan. Bravo kak ;);)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!