Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, May 17, 2013

Duit Gaji Kite Siapa yang punya ??

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


24 hari kita bekerja. stress. penat. semua kita lalui hanya kerana duit.
akhirnya duit itu bukan milik kita sepenuhnya.
tinggalkan beberapa momen bersama insan-insan tersayang.
mengejar masa yang berlari pantas.
hanya kerana not not kertas yang makin hari makin 
hilang nilainya.

24 hari menghitung hari bergaji. 
setiap hari mengharapkan pulangan kemudian.
namun, tatkala hari tu tiba.
sekali lagi , kita perlu sedarkan diri kita.
bahawa kita bukanlah tuan abadi buat duit.

sesalkah ? apa di sesal kan. itulah fitrah kehidupan.
walau bermatian mencari duit. ternyata duit itu bukan milik kita lagi.  

banyak yang perlu di keluarkan.
itu ini, sana sini situ.
lambat keluarkan duit. surat cinta akan tiba .
tolak tambah darab bahagi. apalah yang tinggal.
itu belum lagi terjumpa makcik pakcik adik minta derma.
mahu pula dihulurkan lagi.
mahu mendenguskah? mahu merungutkah? mahu bentak kah ??
tidak perlu, kerana kita sama.

telah Allah pinjamkan semua milik CiptaanNya yang terindah dan teragung.
maka salahkah kita berkongsi dari hasil titik peluh kita yang kerdil di sisi Allah??

kita hanya membayar duit minyak untuk kenderaan kita bergerak.
sedangkan Allah meminjamkan nafas dan udara untuk kita hidup!!


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> mode : menghitung hari bergaji. minggu depan ngeh ngeh ngeh,, duit duit, di mana kau duit....







21 comments:

  1. Rezeki kita ada bhgian org lain di dlmnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, jadi jangan belajar untuk kedekut.
      kerana duit itu bkn utk kita sahaja..

      Delete
  2. btl2,sgt setuju,mmg btl duit bkn hak kita sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan..
      bersyukurlah ada bahagian kite walopun sedikit (^_~)

      Delete
  3. betu2, pesanan seseorang banyakkan bersyukur dan bersedekah sedaya mampu..insha Allah hati jadi tenang, hidup jadi happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..
      lagi banyak kite memberi.
      InsyaAllah banyak juga pulangannya nanti.
      Janji Allah itu pasti

      Delete
  4. yup... setuju... mcm2 nk kena bayor bln2.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haishhhhh ponen kopalo bilo time gaji joo..
      asal gaji jo poneng hehehe

      Delete
  5. Kena beli cermin kereta pecah lagi!! Putaran alam sangat cepat Nisah.
    Apa yg kita plan belum tentu menjadi tapi kita kena tetap berusaha.
    Kalau kita menghulur sikit tapi percayalah org yg memerlukan terasa amat banyak nilainya.
    Sebab itu memberi yg memerlukan menjadi pahala sedekah
    Tapi memberi kepada yg tidak memerlukan adalah hadiah
    Dua-dua tetap ada ganjaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehehe ohh Cermin keretaku yang retak.
      ye lah kak, sangat2 cepat tanpa kita sedar.
      kadang2 hamnpir tertinggal ke belakang.

      Nisah sangat setuju dengan pendapat kakak, sedikit itu rezeki
      yang banyak belum tentu hak kita.

      Delete
  6. yang telah dibelanjakan itulah milik kita..walaupun dalam bank simpanan menggunung namun semua itu bukan jaminan hak mutlak kita lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi kak ZU..
      duit simpan byk mana pun belum tentu untuk kita (^_~)

      Delete
  7. Makin cntik blog nisah...lama betul akak tak singgah sini. Rindu lah..hehehe
    Bukan 100% milik kita. Biasanya lebihkan anak2 dlm segala hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, blog akak lagi cantik kak..
      nisah selalu ke blog akak, cume jarang komen aje.
      ampun yaaa ..

      Delete
  8. Btl Tue , setiap rezeki yang kita dapat ada untuk insan yang lain, kita sekadar pengantara sahaja..

    Hehehe minggu depan gaji ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh minggu depan gaji..
      duk menghitung hari je ni.. hehhe

      Delete
  9. makin berseri la blog ni..

    buAT dgn sapa ye

    ada masa, jom join MINI GA saya hari ni, nak.

    hadiah nya tepung segera red velvet

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/qr-mini-giveaway-pertama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. err CikSue, buat sendiri aje (^_~)

      >> Nisah dah join dah, dh tinggalkan link kat komen cikSue dah..

      Delete
  10. tengah tunggu gaji juga ni walaupun tak kerja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kak Yon yg tak kerja dapat gaji ni yg best ni..

      dapat nnti kite g shopping ye kak yon hehhe

      Delete
  11. kdg2 duit gaji kita tu rezeki org lain gak.sekarang saya selalu fikir macam tu n cuba tak berkira sangat....rasa seronok dpt mudahkan org...

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!