Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, May 22, 2013

Review - Seorang Sahabat - Kak ShareRy

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Bermula pada Tahun 2001 - 2013

Bertemu dengan beliau, sewaktu kami bersama-sama menceburkan diri di dalam kegiatan Puteri Umno di Ipoh, Perak.


mengimbas kembali detik-detik perkenalan kami. Beliau di antara orang-orang yang cantik saya kira dalam kumpulan itu. Jauh di dalam hati, terasa malu ingin mendekati. namun jauh di sudut hati, hati ini meronta untuk mengenali. Kami jarang bersembang. sesekali dapat bersembang pasti hati ini berbunga riang. (Ye lah, orang cantik sudi bersembang dengan kita yang tidak cantik ini). Mahu tidak kembang. hehehehe..



kami bukanlah rapat, namun selalu berkomunikasi. sesekali berjumpa. satu yang boleh saya puji, kakak ini lagaknya seperti "JualMahal" . Ramai yang datang menggoda, semuanya di biarkan sahaja. Sehingga suatu masa, saya mula sedar , kakak tu bukan lah "sombong" atau "Jual Mahal" . Namun kedisplinan dan ketegasan dalam membentuk pilihan hati dan kehidupan itu "PERLU" . Tidak boleh sambar sesuka hati. Nanti kemudian hari menyesal tidak sudah.  Sampai suatu masa, beliau terbang gah menjadi seorang Pramugari. mulai ketika itu kami mula renggang. Tidak tahu khabar berita. Dia dengan kehidupannya, dan saya melalui hari-hari dengan cara saya. 

Benarlah kata orang, jika sudah jodoh tidak ke mana. Di Laman sosial fB, kami bertemu kembali. ikatan terjalin sekali lagi. Kakak ini, walaupun cantik, tetapi tidak sombong. Beliau tetap seperti yang saya kenali dulu. ramah. Persahabatan kami terus mekar sehingga kini, walaupun kami jarang berkomunikasi. Namun kami tetap ada untuk beberapa ketika. Saya bersyukur, kerana kami masih bertemu di dalam Laman Blog ini. Kakak ini yang telah beri banyak kata-kata positif. Jauh sekali untuk saya dengar tentang kutukan dia terhadap saya. Ingat lagi, ketika saya ingin berusaha untuk menguruskan badan, Kakak ini lah yang sentiasa memberi semangat dan tips-tips yang amat berkesan. ya sangat berkesan. 

Kakak ini , walaupun sudah jauh hidup di negara orang. namun dia sentiasa berada di mata saya.

Inilah dia orangnya.
sentiasa cantik & bergaya. menjadi chenta hati buat suaminya.



Klik ke banner beliau, untuk mengikuti setiap langkah beliau di bumi yang jauh dari Malaysia.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Kak ShareRy, nisah Copy paste Banner akak. Minta maaf tau....







4 comments:

  1. Oklah lepas ini kakak nak jenguklah blog dia..
    mana tahu boleh jadi kawan kakak juga:)

    ReplyDelete
  2. Memang cantik orgnya..dah terjah blog beliau...:)

    ReplyDelete
  3. owh... gitu kisahnya.. deqla dah terjah blog dia..haah la cantik orgnya..tp nisah pun cantik jugak la.. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam K.Nisah Tomey…
    Cma dah ke blog akak tu..mmg cantik sungguh dia..
    Alhamdulillah…masih ada seorg wanita kerjaya & memliki keperibadian spt yg akak katakan tu..
    Semoga ukhuwah terjalin diantara akak & k.sherry berkekalan selamanya.. ^^

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!