Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, May 17, 2013

Pemandi Mayat & Jenazah.

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di tuttttt Si Mati...

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki. Sehinggalah tiba pada hari kematiannya. Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi." Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

SUMBER : fB

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> berhati-hatilah dengan setiap tutur kata 







7 comments:

  1. Salam K.nisah manje like Ola...
    huhu..rasanya klu zaman sekrg pun HUKUM DIHUDUD diamalkan.lagi bagus.

    *tersentuh hati..betapa menuduh / berprasangka tak elok tu besar slhnya..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      ye kan Cma. tapi orang islam sendiri menolak hukum hudud. habis macamana?

      dan kerana itulah negara kita mcm2 kes. sebb tak takut..

      Delete
  2. done origin & digi..
    pasal kotak2 putih tu kan....
    cma try godek2 kat blog lagi 1..tapi..kurang confident pulak nk apply kat main blog ni..
    seramm kalu tukar template, abes semua nk kene setting semula... huhuh..
    thanks for the tuto kak.. nnti ade mase, cma gegehkan diri edit semula...
    wat mase ni, pendam dulu hasrat nk kotak2 putih cantik like akak ni.. :)

    pasal border hijau tu..errr... sungguh cma lupa buat mcm mana..sbb mase ubahsuai teratak tu, semua sekali cma edit2.. huhuh..maaf sgt2 x dpt nk gtau celah mana cma timbulkan border hijau tu..cma sendiri pun tak perasan border tu ade.. hehe.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Cma,
      akak faham perasaan Cma. akak dulu pun mcm tu..
      gegehkan diri dan hati utk setting semula.
      bukan satu perkara mudah.
      memula dulu mmg payah, sampai sehari suntuk langsung tak buat keja nak settingkan balik. tak makan bagai. huhu smpai suruh hubby beli makanan kat luar. tgk punye addict lah.
      marah pun ye, sebab asyik tak jadi je.. tp dah selalu kan, dh jadi biasa..

      sekarang ni akak cuma perlukan beberapa jam je utk siapkan semua. dengan syarat line tenet ok. n xde gangguan lain hehehe

      Delete
  3. dah semak..
    terima kasih CiSue, ingatkan Nisah :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing... kalo ada hukum hudud skng ni, rasanya akhlak masih terjaga..skng ni mcm2 kes ada.. dunia akhir zaman...nauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita terhindar dari sifat2 yg tidak sepatutnya :)

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!