Dengan Lafaz .....
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
Perjalanan ini Nisah teruskan. Destinasi yang terakhir.
Wahai hamba Allah, iaitu saya dan anda..
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.
Lihatlah disekeliling kita dan teguhkan pendirian kita, sepanjang hidup dan usia kita jangan mudah berputus asa, senyuman yang kita berikan dan airmata yang kita titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kita pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Surah Al Imran : Ayat 139
salam k.nisah yg tersayangggg
ReplyDeletesebak rasa hati,,,:(
Salam Kak Nisah cuteee like me..
ReplyDeleteHuhu..tercari2 entri review rakan blogger tu..x jumpa2..
kesilapan teknikal kah?
masih bercuti lagi ke kak?
Bangga sungguh akak ngan Nisah..Nisah ni seorang yg sungguh tabah menghadapi ujian Allah...
ReplyDelete