Dengan Lafaz .....
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
kesinambungan dari EPILOG SATU
kesinambungan dari EPILOG SATU
Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerana setiap kesusahan itu pasti akan diikuti oleh kesenangan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan kita tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.
Jangan bersedih, sebab usia kita yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan kita. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam kita dalam kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>Sumber : Google. Berkongsi pembacaan Ilmu
Sebagai hambaNya kenalah tahu dimana duduk diri kita. Muhasabah menajdi yg terbaik. Kalau ada ujian melanda itu kena fikir pasti ada sebabnya...
ReplyDeletebetul tu kakak.. (^_~)
Deletebtul tu ayu setuju sgt pcya pada janji Allah...kuat dgaan kita bsar hikmahnya
ReplyDeleteJanji Allah itu sangat Pasti (^_~)
DeleteSalam Kak Nisah Suweetttt ....
ReplyDeleteHuhuhu..muhasabah diri baca..
Sob Sob sOb.. *nak tisuuuuuu*
Moga allah menerima taubatKU ..
Wsalam sayang. nak tissue.??
Deletenak akak bagi bahu. kite menangis bersama (^_~)
terima ujian dengan redha, Insya Allah
ReplyDeleteInsyaAllah (^_~)
Delete