Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, March 12, 2012

cuti sekolah


Langkawi mulai penuh (as usually, sudah pon bermula waktu budak budak cuti sekolah, destinasi yang makin ramai pelancong adalah Langkawi, selain dari underwater world, cable car, makam mahsuri, pantai chenang, Hj Ismail Group (kompleks beli coklat), kilang gamat, kain batik jawa yang murah2.. apalagi yang menarik kat Pulau Langkawi? xde. tu je yang ade.. tapi walaupun penduduk Langkawi kate xde pape kat Langkawi ni, tapi haruslah di ingat bahawa orang-orang luar akan berkata Macam-Macam Ada!! Kelass Kau Langkawi.... masih ramai yang berhimpit2 di dalam Ferry untuk menuju ke Langkawi, masih ramai yang beratur kat kaunter tiket, masih ramai lagi orang yang duk booking kete, hotel, homestay, masa ni lah sume harga naik.. dari ais kacang harga rm2.50 kini akan jadi rm3.50 silap-silap rm4.00 pon boleh!! nak-nak kalau ke Pantai Chenang.. haaa ni kalo nak makan untuk 4 orang, sila siapkan rm150 ye.. x pon siapkan je kad kredit yang masih bersisa kredit limitnya rm2K, kenapa jadi macam tu? sebagai contoh kalau nak makan ikan siakap stim.. biasa kalau kat pekan kuah ikan siakap akan di kira rm4-5 seratus gram, kalo dapat 600gram anggaran di beri lebih kurang rm27-30 je, seekor ikan siakap yang siap di masak.. tetapi kalau kat Pantaui Chenang seekor ikan siakap yang siap di masak akan jadi rm50-60 .. ada nampak skang perbezaaannya?? kalao korang beli aiskim coklat Cornetto harganya adalah rm2.80, tapi kat pantai chenang akan jadi rm3.50.. nampak??? jadi sila awasi anak-anak anda dari makan aiskrim ok ngeh ngeh...
para wanita paling suke nak shopping kat Hj Ismail Group & Idaman Suri.. apa yang ada kat dua bangunan ni?

1) Hj Ismail Group : mata anda akan membulat-bulat melihat harga coklat di sini, sebakul dua bakul anda bole beli coklat.. (cume jangan lupe, selepas shoopiing coklat tu, sila siapkan duit cukai kat jetty feri !! oopss memang bebas cukai, tapi kalao beli lebih muatan kena cukai ye kawan-kawan semua...), kat sini jugak ada jual pinggan mangkuk :)

2) Idaman Suri : Ni satu lagi tempat anda pasti bole pengsan bile tengok harga set set pinggang mangkuk.. memang sangat murah, takkan jumpa harga ni kat tempat2 anda.. sebagai contoh, kalau anda beli kuali tefal.. bape harga pasaran? lebih kurang rm150-170b sebijik kan? tapi kalau kat langkawi ni cume rm90-rm120 je, kalau datang time tengah sale.. lagi la runtuh harganya...

apapun, kedua-dua tempat ini adalah tempat para-para wanita sahaja, yang mana tempat2 ini sangatlah bahaya yang mana akan buat para suami suami tarik muncung sedepa, dan akan selalu buat mereka kehulur kehilir mencari mesin ATM.. hahahha jangan risau, kedua-dua bangunan ini berdekatan dgn macam2 Bank, MAYBANK, PBB, RHB, AMBANK, CIMB , AGRO BANK pon adoo... itu cerita tentang sedikit keadaan cuti sekolah di langkawi.

cuti sekolah telah bermula .. kemana destinasi anda bersama keluarga? kemeriahan pasti terasa bile mempunyai anak2.. masa inilah para ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak..
ke mana pon destinasi anda, diharapkan anda akan selamat sampai & akan enjoy dengan percutian kali ini..

pada keluarga yang kurang berkemampuan untuk membawa anak-anak ke percutian , bercutilah di rumah.. di mana pon percutian kite, dan di mana pon kite berada.. bersama di samping keluarga tersayang adalah saat apaling menyeronokkan, bercuti di dalam rumah pon adalah percutian yang sangat indah jika di isi dengan aktiviti yang bermakna (BAITI JANNATI) ~ Rumah Ku SyurgaKu..







2 comments:

  1. bln 5thn lepas baru g lgkawi.. rasa nk terjah lagi la.. sbb x semua tmpt kami pegi..

    ReplyDelete
  2. Nureen: nanti sampai langkawi inform akak ye,.. bole jadi tour guide hehehe :) akak yg duk langkawi ni pon tak habis terjah lagi.. (bulan 5 tahun lepas jugak la akak br pindah ke langkawi)..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!