Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, March 16, 2012

makan-makan dekat Thai Town


makan-makan..
ini cerita dah lama, tapi belum di tayangkan kat anda semua..
semalam belek-belek mis Nokia, terserempak dengan gambar-gambar ini
haaa baru teringat 5 bulan lepas ada singgah makan malam dekat restoran ini..
masa kami datang ni, restoran ni baru bukak..
tapi memula nak masuk kat restoran ni terasa musykil dan was-was jugak, sebab tak nampak pon orang Muslim makan dekat kedai ini, yang datang makan semua pelancong-pelancong asing..
memandangkan jiwa memberontak nak makan Thai Food (macam lah kedai thai food kat langkawi ni yg ini aje.. yg betoinye... gatai!!!!)
kami pun ternampak seorang budak pelayan yang bekerja kat situ, die ber T Shirt, Berseluar Jeans, dan bertudung hitam, kami panggil die dan bertanya dengan penuh ayu & sopan (sopanlah kononye!!!!!!!)

saya :  adik.. akak nak tanye, boleh tak?
dia : ye kak, nape?
saya :  kedai ini halal ke tak? sebab akak tak nampak pun orang islam makan sini
dia: (tersenyum manis, alahai cayor hati akak ni) dan menjawap "halal kak, cuma malam ni xde lagi pelanggan islam"
saya :  ooo yeke.... terima kasih ye...

kami~melangkah masuk menuju ke meja dan siap memilih hidangan..

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
inilah yang kami order..
lai lai lai makannnnnnnnnn 


menu


Tom Yam Campur ~ pekat & rasenye memang superb

dari kiri : Sotong Goreng Tepung (menu wajib untuk enche hubby , Ikan Siakap Masak 3 Rasa
ikan siakap ni rasenye lain pada yang lain, biasa kite tengok ia berwarna kemerahan-merahan.. tapi yang ini warnanya jernih, xde kuah.. tapi cukup rasa pedas, masam & manis 

close up secara dekat~Ikan Siakap Masak 3 Rasa

harga semua ni RM88.00 termasuk servis charge 10%
Nasi ~ RM6.00
Tom Yam Campur ~ RM18.00
Sotong Goreng Tepung ~ RM18.00
Air ~ RM6.00
Ikan Siakap Masak 3 Rasa ~ RM32.00

(ni untuk makan 2 orang, agak--agak kalau bawak famili berapa pulak RMnya ye??)

secara peribadinya, nisah rasakan bayaran ni agak mahal, sebab kami makan berdua je (ni pendapat peribadai je ye), tapi sebenarnya, bayaran ni berbaloi sebab rasa & keenakannya memang memuaskan.. untuk cari kedai ni tak susah, kedai ni berhadapan dengan Kedai Planet Watch , dan Kedai ni di hujung Corner, kalau korang lalu lalang dekat area pekan kuah, mesti bole jumpe punye.. sebab ia berdekatan dengan bank bank & up town..

tetapi semasa kami tengah syok syok menghayati kesedapan masakan makanan ni,
datang lah seorang pelayan perempuan, berambut pendek, berbadan gempal
beliau datang dengan senyuman manis dan berbagai soalan:-

"bang bang, sedap tak chef kami masak"
hubby : sambil angguk & jawab, haaa sedap sedap..
"abang tahu tak, chef kami ni di import khas dari Thailand tau"
hubby : oo patut la sedap, pure punye ye
"tapi abang jangan risau, chef kami islam"
hubby : erm erm (angguk-angguk je)
"abang dari mana?"
hubby : dari ipoh
"ooo saya pun dari ipoh jugak, dekat batu gajah"
hubby : sekampung la kite ye
"ni abang balik saya nak ikut boleh tak?"
hubby : tak boleh, sebab nak balik lambat lagi
"abang duk sini ke"
hubby : iye kami duk sini
"lorrr saye ingatkan abang datang sini bercuti-cuti"
hubby : senyum , angguk & terus sambung makan..

pot pet pot pet lagi  lagi dan lagi....

situasi pertama: mereka berbual bersama, masih lagi berbual walaupun my hubby sibuk duk pulun makanan tu masuk dalam mulut

situasi kedua : dialog itu berlaku seolah-olah saya tidak wujud dekat meja itu

situasi ketiga : hangat hati & telinga asyik dengor abang abang abang abang, ateee saye yang duk tepi ni tak nak ajak sembang ke?

situasi ke empat : asyik abang, abang abang je, kang aku lempang jugak dua dua hekor ni..
INIKAH YANG DIKATAKAN SERVICE CHARGE?????

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!