Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, March 22, 2012

gaji isteri hak suami ke?

ada sape sape yang tahu tentang gaji seorang isteri??

erm citenye macam ni...
sebagai seorang anak yang kerjanya biasa2 je,..
nisah adalah bantu mak nisah di ipoh, dgn memberi sedikit wang belanja kepada beliau..
(ini bukan berniat nak menunjuk) sebab nisah sangat pasti ramai di antara kita
akan memberi wang saku kepada mak setiap bulan..
(maklumlah mak nisah dah tak bekerja, sebagai anak-anak kitelah yang kena bantu sekadar termampu)
tetapi hal ini seolah tidak disenangi oleh seorang kawan nisah..
dia telah mempertikaikan tentang pemberian itu
beliau bagitahu, emak nisah bukan tanggungan nisah, jadi nisah tidak perlu menghantar duit kepada emak sendiri, tetapi nisah harus mengirimkan duit kepada ibu mertua nisah kerana ibu mertua nisah adalah tanggungan nisah..

bila die berkata-kata macam tu, nisah diam seketika dan berfikir..
1) emak bukan tanggungan aku?
betul, mak bukan tanggungan aku, sebab aku anak perempuan, anak lelaki lah harus menjaga mak
tetapi, emak aku tak da anak lelaki, ketiga-tiga kami semua perempuan.. mak juga tiada suami..
jadi siapa yg harus menanggung dia? menanggung diri sendiri?
mampukah emak? sedangkan beliau kini telah mencecah usia 64 tahun. dia sudah tua, sudah tidak berdaya mencari rezeki, salahkah kami adik beradik menghulurkan duit belanja kepada emak? berdosakah?

2) ibu mertua adalah tanggungan nisah?
benarkah? setahu nisah dengan ilmu yang tidak seberapa ini..
ibu mertua bukan tanggungan nisah, sebab nisah perempuan, yang harus menanggung ibu mertua adalah suami nisah, sebab suami nisah ANAK LELAKI kepada IBU MERTUA nisah...
tetapi, buat sementara ini, IBU MERTUA nisah masih ada suami..
sekarang tanggungan kepada siapa? suami nisah atau SUAMI IBU MERTUA nisah?

haishhhhhhh .....

dan kawan nisah berkata lagi, nisah bagi duit dekat mak nisah itu, ada tak nisah minta izin dekat suami?
tahu tak, haram & berdosa seorang isteri memberi duit kepada emak sekiranya suami tidak izinkan...

erkkkkkkkkkkkk sekali lagi nisah terdiam & bermonolog sendiri..
Ya ALlah kurangnya ilmu aku dalam beragama ni, sbb aku tak tahu pun yg aku berdosa dgn suami aku..
sebab nisah akui, nisah tidak pernah minta izin suami nisah untuk memberi wang kepada mak.. nisah cume beritahu suami tentang jumlahnya sahaja....
kalaulah benar nisah berdosa, selama ini bertahun2 nisah berkahwin nisah menanggung dosa sebb tidak minta izin suami untuk berikan wang kepada mak? besarnya dosa.. terkesima sebentar...

namun.... seperkara hal yang nisah faham.....

duit yang nisah berikan kepada emak setiap bulan adalah duit titik peluh nisah sendiri..
nisah bekerja.. setiap bulan nisah dapat gaji.. dengan gaji yang nisah dapat tu lah nisah kirimkan kepada emak yang berada di Ipoh, haruskah nisah minta izin kepada suami nisah sedangkan itu duit nisah? duit dari titik peluh nisah sendiri... lainlah kalau nisah guna duit suami , barulah nisah kena minta izin dekat suami...
sekali lagi, nisah terfikir....

dan nisah teringat tentang sesuatu dan cuba mengaitkan dgn isu ini..
HARAM seorang suami memakan duit isteri walau satu sen pun yang die guna, jika duit itu tidak mendapat kebenaran dari si isteri tersebut, GAJI ISTERI adalah hak mutlaq si ISTERI.. dan sekiranya si ISTERI tidak mengizinkan suaminya menggunakan duit tersebut maka jatuh haram ke atas duit itu...
SUAMI TIDAK LAYAK meminta-minta duit isteri..

oleh yang demikian, perlukah si isteri meminta izin kepada suami untuk menggunakan wang tersebut?
sedangkan wang itu bukanlah digunakan untuk melakukan maksiat atau melakukan hal-hal dosa besar..
si isteri hanya ingin membantu emaknya sahaja, adakah ia berdosa??

Islam itu mengajar untuk kita tahu bahawa Islam itu mudah, namun bukan ambil mudah..
biarlah kita tidak pandai, dari kita memandai-mandai...

dan hal ini nisah telah ajukan kepada suami nisah..
dia sekadar menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersutuju dengan pendapat kawan nisah..
lalu nisah bertanyaka kepada suami nisah,
adakah nisah berdosa? adakah benar dakwaan kawan  nisah itu?

lalu suami nisah memberitahu secara ringkasnya:
"seorang suami tiada hak untuk ambil tahu tentang kewangan isterinya selagi si isteri menggunakan wang itu dengan baik, dan jika si isteri menggunakan wang dengan cara yang salah, wajiblah suaminya memberi teguran dan nasihat tetapi bukan mengambil kesempatan dengan merampas duit hasil titik peluh isteri tersebut"

huuuuuuuuuuuuuuuuu selepas mendengar kata-kata suami nisah, nisah menarik nafas panjang..
kini nisah tahu, nisah tidak berdosa dengan suami nisah...

thanks enche hubby kerana memberi saya peluang berbakti kepada emak saya.......

dan sebenarnya... Islam tidak melarang isteri bekerja membantu suami bagi tujuan itu, namun tanggungjawab sebenar bagi menyara keluarga masih tetap di bahu suami dan isteri adalah sekadar membantu serta melengkapi keperluan keluarga yang tidak lengkap. Gaji isteri adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.

Amaran Rasulullah SAW,
“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis Riwayat Muslim),

akan dayuslah seorang suami selagi mana dia meminta-minta duit isterinya
maka tiadalah dayus seorang suami itu, jika dia menerima duit isterinya selagi isteri itu memberi dengan ikhlas bagi membantu suaminya..

Islam itu mudah, kini hal-hal yang sulit telah menjadi mudah.. selagi hidup mempunyai sikap toleransi & ihsan..

kawan.. kamu harus faham.. di dalam sesebuah rumahtangga, banyak perkara yang harus dibincangkan.. bicara suami isteri, tidak akan difahami oleh orang sekeliling...

Firman Allah SWT [066:6] yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahriim, ayat 6)

***bukankah tugas isteri bekerja sekarang untuk membantu suaminya?? jadi apa yang harus dimalukan seorang suami menerima duit iateri selagi isteri itu sejujurnya ikhlas menghulurkan duit tersebut? dayuskah?
DAYUS bagi lelaki yang ego & tak cukup ilmu!!!!!

Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran."




9 comments:

  1. tersentap bila baca n3 nisah.. mula2 baca td rasa mcm eh betol ke ni, salah ke nk bg duit kat mak sndri..

    ye la, mmg mak nisah bkn tanggungan nisah tp mak d=nisah x derr anak laki kan.. so x slah klau kita menghulur selagi itue bkn perkara yg terpesong..

    seb baik hubby nisah arif, jd segala persoalan terjawab.. nureen klau nk bg duit kat mak pon nureen ckp jer kat asben, cuma beza nureen slalu x bg duit tp nureen jenis beli brg apa yg mak nak..
    lgpon abah ada lg, abah mmg mampu tanggung mak.. kadang2 ngan nureen skali dia tanggung hahhaha... ;p

    ReplyDelete
  2. stuju ngan nureen
    kami 4 bradeq pn g2...
    kami 4 radeq sumer pompuan...
    2 dh kwn... xkan la kami nk biarkan mak kami hidup terkontang kanteng tanpa duir poket... itu dh kira menganiaya kan?

    kalo kiter nk tgr seseorang, kiter blajar sampai abes dolo... dlm hal suami & isteri pn ader bts2nyer...
    kalox der bts2 yg telah tergaris...
    stiap isteri akan teraniaya...

    aper yg kiter perlu tahu menganayai sesiaper pn ader satu dosa... walaupn syurga itu ditapak kaki suami...

    kiter akui kiter x pandai... tapi dlm x pandai tuh la, kiter wajib belajar... jgn disebabkan kiter engat kiter dh terlalu pandai, kiter trus menghukum org laen... itu lagi berdosa... nadai katerlah hati nisah terguris... dosa sesamer manusia aper hukumnyer....

    tersenyum sendiri...
    yg pntg... mmg tgggjwb kiter berbakti walopn hanyer sesamer manusia... (sekalipn bukan ibu kiter...)... apatah lagi insan yg menyusukan & membesarkan kiter...

    i luv my mum till the end :)

    ReplyDelete
  3. **entry ni bukan nisah nak menunjuk yg nisah bg duit poket kat mak, tapi bile isu haram & dosa ni timbul, nisah terasa jugak.. eh eh laki kite tak ckp pape pun, yg die org luar sibuk nak pertikaikan hukum kite ni nape pulak??

    Nureen: nisah sgt2 setuju.. lagipon kite gune duit tu bukan ke arah yg salah @ dosa, cume kongsikan sedikit dgn mak je.. walaopun nisah tak pernah minta izin kat suami, tetapi nisah masih berbincang & bertanya dgn dia mengenai hal ni.. die tak faham, mgkn sebb die belum berkahwin & dia lelaki, thats y sesedap mulut die bercakap.. kalaulah mak die adalah mak kita, dan dia berada di tempat nisah, pasti die tahu betapa besar tanggunjawab kite terhadap mak kite walaopun mak itu bukan tanggungan kita.. yang paling penting, nisah tak abaikan rumahtangga nisah, masih dapat membantu suami utk menaikkan taraf kehidupan (^_^)

    eB ezrin: haaa memang.. takkan kite ni idup senang & nak biarkan mak kite tunggang langgang, anak jenis ape kite ni?
    atas dasar tanggungjawab & kasih sayang lah kita harus melihat ape yg perlu kite bantu.. kalao nak kira pengorbanan mak ayah kite dulu, dgn duit kite bg sekarang, berbaloi ke? mesti la tak kan..

    yang nisah emo sgt tu, die terus marah nisah.. sedangkan suami nisah tak pernah tegur apatah lagi marah bila nisah kirim kan duit dkt mak..

    cume dulu masa nisah duk umah setahun, nisah minta la izin suami nisah, bantu mak.. sbb masa tu nisah dah berhenti keje.. die pon tak cakap pape.. setiap bulan mesti die sediakan duit utk mak..
    tapi bile nisah dh mula bekerja balik, nisah xde la minta die bantu dh, sebb nisah dh ade gaji sendiri..


    ** sangat susah bile kite bercakap dgn orang yg kononye tahu SEMUANYA..

    ReplyDelete
  4. uishhh panjangnya komen2 sini..
    dah x tau nak komen apa..
    hik3!!!!
    tp x kira nak nyampuk komen jgk..
    ermmmmmmm apa nak komen erk..
    ekekekekekkekekeke
    nampak bebenor haku nak nyibuk je lebih..

    ReplyDelete
  5. kak ina: silalah menyibuk, kesibukan anda sangatlah di hargai..
    hikhikhikhik.. thanks akak, dtg jenguk2 sini (^_^) Luv U so much

    ReplyDelete
  6. Singgah sini lg..
    Jatuh cinta lg baca entry nisah yg ni.. ;D

    ReplyDelete
  7. mungkin dia salah ustaz masa belajar.. logik akal pun rasa pelik dengan fakta dia.. Tak tahu la sapa yg bagi idea dia cakap macam tu. Paling pelik bila dia kata ibu mertua menjadi tanggungjawab menantu perempuan sedangkan Anak lelaki tu tanggungjawab dia pada ibu bapa sampai akhir hayat. Seorang suami wajib menanggung isteri & anak2 dia.. Tak pernah pula dgr seorang menantu wajib kena tanggung mertua..

    ReplyDelete
  8. @Salina@IbuAqil
    akak, entry ni di taip berselangkan emosi yg sentap !! hikhikhik

    ReplyDelete
  9. @THE LEKAT LEKIT STORY
    bila dah rase agama kat dalam diri dah cukup hebat, semua menda die nak tentang. kalau tak pandai tu tak jadi hal, tapi kalau dah memandai-mandai macam ni, memang tak puas hati lah ..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!