Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, March 9, 2012

Mengawal Rasa Marah


Ada perumpamaan mengatakan marah itu berasal dari iblis dan syaitan. Dan Iblis dan syaitan itu berasal dari api. Dan lawannya ialah air..


Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. 

Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali.
Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.



Perasaan ini semestinya akan berlaku pada sesiapa sahaja. Cuma yang apa yang kita tidak sedari, kadangkala kemarahan itu boleh memakan diri kita di kemudian hari. Manusia yang boleh mengawal ejakulasi atau rasa marahnya, biasanya akan sentiasa berkeadaan tenang sahaja. Dan bukan itu sahaja, dia juga memiliki kejernihan  di fikirannya. Mungkin maksud kejernihan terlalu subjektif untuk saya kupaskan. Carilah maksud kejernihan itu selepas anda mampu mengawal rasa marah itu nanti. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Nafsu marah yang menjadi fitrah manusia. Sudah tentu tidak boleh di lupuskan. Yang cuma mampu, mengawal perasaan marah itu tidak menguasai hati kita.


Kebiasaannya, manusia yang boleh mengawal emosi, boleh menjadi pendamai di antara sesuatu pertelingkahan. Sebaliknya juga begitu. Pada sesiapa yang tidak boleh mengawal emosinya,dia nya hanya menjadi "manusia penambah masalah" sahaja dalam sesuatu komuniti.

Kerana marah, manusia meringkuk dalam penjara. Kerana marah,membunuh pelepas kemarahannya. Isteri dikasari,dipukuli tanpa belas kasihan,Anak-anak jadi mangsa dera setiap hari. Kerana apa? Kerana kita tidak mampu mengawal perasaan amarah kita.




Semua daripada kita mahu menjadi yang soleh dan solehah. Dari nakal menjadi manusia yang baik dari sebelum ini. Berkelakuan dan menjaga tutur kata,tata tertib yang sopan dan sentiasa berazam mahu mendekatkan diri dan beramal kepada Allah Ta'ala. Sekuat mana usaha kita untuk ke arah kebaikan, tidak mustahil ada dikalangan sahabat kita yang kurang senang dengan perbuatan atau kelakuan kita.


Bagaimana Mengawal Rasa Marah Itu?
Sebagai hamba yang mengharapkan keredhaan-Nya, anak kepada kedua ibu bapa kita, sahabat kepada sahabat yang lain, suami atau isteri dalam sesuatu keluarga,kita seharusnya bersiap sedia memperlengkapkan diri dengan mental yang kuat terhadap sesuatu yang tidak kita inginkan. Kerana timbulnya perasaan marah ini apa apabila sesuatu atau keinginan yang bertentangan dengan kemahuan dan keinginan kita.

Kita ambil suatu contoh.Apabila kita sedang cuba berbuat baik kepada sahabat kita dengan pelbagai nasihat yang membina, menyampaikan sedikit ilmu yang kita ada ataupun baru sahaja kita perolehi dari sesuatu sumber, Ataupun kita kita baru berazam mahu melakukan sesuatu perubahan, yang sebelum ini tidak bertudung mahu bertudung, yang lelakinya cuba bermula menghabiskan masa yang terluang di masjid dan usrah, dituduhnya kita cuba berlagak baik atau berpura-pura baik, dan mengatakan kelakuan kita ini semua hanya sementara sahaja. Saya sendiri pernah mengalaminya.


Ketika perasaan tersentak dengan perkataan atau terdengar bahasa yang kurang menyenangkan hati kita, ambillah beberapa saat untuk menenangkan diri kita. Kerana di kala itulah syaitan dan iblis berlumba-lumba memasuki lubuk hati kita untuk berbisik dan menanamkan perasaan marah itu.



Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Saya lebih gemar guna cara yang lebih praktikal dan mudah. Setiap kali terlihat atau terdengar apa yang bertentangan dengan perasaan saya, saya terus tidak mengendahkan dan terus melupakan tanpa menyimpan apa-apa perasaan dendam di dalam hati. Kerana jika saya terus melihat,mendengar, atau menyimpan perasaan kecil hati atau juga dendam, ketika itulah api kemarahan itu bermula. Dan jika kemarahan itu tidak dapat dibendung, segeralah dengan membasahi diri dengan berwuduk. Air wuduklah sedingin-dingin air yang kita akan rasai kesejukan hingga ke dalaman. Dan lebih baik lagi, kita langsungkan sahaja diri kita dengan solat sunat 2 rakaat dan di akhiri dengan mendoakan kebaikan dan maafkan segala dosa sahabat kita tadi.


Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.



P/s: mungkin kadangkala bila rasa marah itu terasa,saya biasa guna ayat sinis sahaja untuk menegur mereka. Moga mereka faham apa yang saya maksudkan. Bukan mahu menyindir,cuma memberikan peringatan, saya bukan seperti apa yang ada dalam fikiran mereka. Saya pernah jadi manusia yang panas baran dan hot-temper suatu ketika dahulu. Mungkin masa akan membuat sesuatu perubahan atas diri kita jika ada usaha. Bukan hanya mendiamkan diri tanpa ada usaha



Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!