Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, March 15, 2012

tolonglah faham!!!


tolonglah faham, cinta bukan tong sampah, bukan bola, bukan anak patung atau apa-apa saje lah yang seangkatan dengan benda yang bole kamu buang suka-suka hati..

manusia akan jadi macam-macam dek kerana cinta..
manusia bole bertukar pelbagai rupa bentuk kerana cinta..
dari seganas singa, ia boleh bertukar secomel kucing
dari sejinak-jinak arnab ia bole bertukar serakus buaya...
dari hidup, ia terus boleh mati (bunuh diri) (sanggup pulak tu ..)

cinta boleh buat manusia patah hati (susah pulak nak cari doktor untuk dia)

tolong lah berhenti menjaja cinta kamu yang palsu itu,
saya bukanlah berminat sangat dengan cinta kamu tu pun (kalau tercinta dekat kamu pun enche hubby nak letak mana?) Ya Ampun enche hubby, isteri mu ini tidak berniat untuk curang mauahahaha. tetapi sebagai wanita yang biasa & normal, of course saya tak suke nak dengar cite-cite kamu yang sebagai ROMEO karat tu,

tahu tak? perempuan kalau putus cinta, teruk tau muka dia.. elok2 muka cantik terus jadi tak cantik.. lain la kamu sebagai lelaki, konon maintain cool je padahal bile dah lama-lama kamu pulak dah gupe orang gile talak!!

Perempuan, bukanlah bahan survey untuk kamu buat koleksi..
perempuan bukan untuk kamu angkut ke hulur ke hilir, lepas tu kamu break off dengan dia.
janganlah kerana kamu melihat dia tidak lawa, tidak cumel, dah tua.. (err terasa I tau bile kamu bagitahu yang dia tak lawa, sebab I pun tak lawa tau!!!)
kamu senang-senang nak nak menabur cinta, nak menanam tebu di pinggir bibir kamu
lepas tu , lepas kamu jumpe yang lebih HOT, ermmm hot lah sangat!! senang-senang kamu bagitahu yang perempuan itu pilihan terakhir untuk kamu??? patutkah???

sudah-sudah lah kamu buat perangai gupe itu,
saya tahu, saya tidak perlu ambik tahu pun pasal kamu.. sebab kamu xde kene mengena dengan saya.. tapi saya ni perempuan (original perempuan tau, bukan photostat) sehalus-halus sehingga sekeras-keras hati wanita saya faham, sebab hati kami lembut & rapuh..

kamu hadir untuk lindungi kami, bukan menghancurkan kami!!!!!!









"Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim , kerana itu janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.
~~ Taqwa tempatnya disini! (Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. ) Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim









Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!