entry hari tu, nisah dah cerita sikit pasal outstation kami .. kali ini entry masuk nak sambung sikit je.. nak cerita tentang
1) siapakah yang pergi bersama kami
2) tentang T Hotel
cerita satu
kami pergi empat (4) orang, muat-muat satu kete je, yang pergi adalah saya (nisah), enche hubby (idham) dan dua orang kanka hubby .. kanka hubby sorang ni namanya samad tp bile panggil bunyinye "SAMED" yang sorang lagi namanya Muammer, my hubby panggil dia ABI, mereka bukanlah orang Malaysia, tetapi mereka di import masuk dari Negara Turkiye (Turki) oleh Boustead Holding Industries Berhad (BHIC) Kuala Lumpur, kenapa mereka di import masuk? dah kurang ke rakyat Malaysia?
bukan .. .. bukan.. sebab itu.. jawapannye adalah kerana pejabat yang my hubby keje adalah BYO Marine Sdn Bhd dan ayat penuh untuk BYO adalah BOUSTEAD YONCA ONUK~YONCA ONUK ni datang dari bahasaTurkey, sebabnye projek & syarikat BYO ini berpartner dengan Syarikat Turki, oleh yang demikian, haruslah import ramai-ramai Specialist dari Turki untuk menjayakan projek pertama Boustead kat Langkawi ni.. okey habis cerita kenapa turki di bawak masuk. Dan apa yang menarik tentang orang Turki ni? xde pape pon.. Dorang tak boleh makan pedas2, TAK TAHAN.. dorang tak boleh makan makanan melayu kite, hari hari dorang makan roti salad.. roti salad.. dorang kuat makan, dorang kuat makan roti, sebuku roti hanya di makan oleh seorang sahaja dalam masa waktu lunch.. (hebat kan???) dan kalau dorang nak makan pon, asyik makan KFC, MC D, KFC , MC D, masa kami outstaion aritu, ni la tempat ulang yang dorang makan setiap masa.. adoii naik mual tekak I tau,, tapi ape bole buat, layankan aje..
tu pasal makanan. ni ade satu lagi tentang orang turki..
mereka suka sebut perkataan "ALLAH, ALLAH". dorang nampak orang potong kete pon dorang sebut, dorang sesat jalan pon dorang sebut, dorang confius pon dorang sebut, apa2 je la mesti dorang sebut "ALLAH ALLAH" (ni nak sebut ade tone dorang tau, bukan sebarang sebut je!!!) , dorang jugak selalu sebut INSYAALLAH, ape saje pasti INSYAALLAH akan sentiasa di bibir, ALHAMDULILLAh, BISMILLAH.. ayat-ayat ni sentiasa di bibir mereka..
terpesona jugak dengan kata-kata yang mengagungkan Allah.. Subhanallah... seronok dengar, hati & diri pun selesa dan terasa selamat selama bersama dengan mereka.. cume satu je kelemahan mereka, mereka tak pandai menggunakan bahasa english, bahasa melayu lagi la dorang tak tahu, kalo tahu pon sikit2 je.. nak bercakap bahasa inggeris pon merangkak-rangkak.. dengan nisah sekali terangkak rangkak tau!! dah gupe sembang ayam gan itik je...
penah sekali, masa berhenti di sebuah perhentian, hentian tu ada la jual OBLONG, si Samad ni tanya la my hubby oblong tu ape? my hubby cakap "the Oblong is like a Burger" then me sambung "Inside the bread have a piece of chicken or beef" then dia jawab "ooo something like haq daq (bunyi "haq daq" tu macam bunyi kat halkum & penuh denga idghamnya.. memang tak paham), my hubby jawap "what u mean haq daq?" dia reply "u dont know? haq daq is the american foods" then my hubby dengan ringkasnye menjawab "sorry i dont know" akhirnya kami diam, tapi dalam fikiran nisah terfikir, apela makan american yng bunyinye camtu, & bentuknye camtu.. dah ingat2 balik rupenye die nak sebut "HOT DOG" adohaiii ape susahnye nak sebut tu.. then nisah cakap balik kat "do you mean about HOT DOG?" pastu die senyum & jawap "Yes" muahahhaahhahaha alahai kefahaman bahasa inggeris tak cukup bagus!!!
cerita dua
T Hotel, macam dah cerita aritu.. tapi kali ni xnak cite panjang-panjang dah..
ingat tak nisah cakap yang T Hotel ada trademarknye sendiri..
haaaa meh sini tengok beberapa Trademark yang mereka ada..
MOH KITE NENGOK YE!!!!!
towel.. ni muat2 montot je .. haishhhh |
haaaa.. ni kupon breakfast.. |
untuk breakfast mereka hidangkan Kuey Teow Goreng, Nasi Goreng, Roti, Planta, Sekaya, Air Coffee, Tea & Fresh Oren.. pilih lah korang nak makan ape, rasenye? Bole lahh Hotel Budget.. biasa-biasa aje la rasenye.. tapi kenyang jugak la.. jimat duit tak yah bekpes dah hehehhe
Bed King Size, eempuk.. comfortablenye, sangatlah comfort |
ni macam ala-ala kabinet gitu, ni bole ditutup, dr luar nmpk macam flat drawer, bile bukak baru tau dorang nak buat meja, for lappy or barang-barang cam kami letak ni... |
ni bilik mandi, toilet & tempat shower dipisahkan dengan dinding cermin berwarna hijau sinki ada kat luar, tp nisah tak snap, hehehe |
ni cume flat tV yang melekat kat dinding, err tak tau la ni bape inci ni.. tp lebor la... |
sampul surat, dalam ni ada resit jeee, dorang buh dalam ni, kemas kan... |
hah, inilah resitnye. generated by computer |
pada sape-sape yang berminat untuk datang ke Langkawi, dan terlepas menaiki feri, boleh lah booking T Hotel, walaupun tak mahal, tapi agak memuaskan jugak, harga pun berpatutan jugak...
yang singgah ke Kuala Perlis pun boleh, yang ke Kuala Kudah pun boleh, T Hotel ada banyak cawangannya.. so bole lah pilih mana-mana yang anda suka. Googling sahaja :)
pintu masuk |
separuh dari bangunan T Hotel |
setakat ni je cerita outstation jalan-jalan kami
TAMAT
**apakah makna KANKA?
kawan
**apakah makna ABI?
abang (berbeza dengan bahasa arab yang di panggil sebagai AYAH..)
gambo hotel & tmpt sekitar jerr.. gambo tuan tanah x der ke?
ReplyDeleteNureen : hikhikhik, tuan tanah time ni tgh seksis, bahaya tau kalo nak snap.. pastu bile balik tu kelam kabut nak kejor feri.. atee udah le x bergambor muahahhaa
ReplyDelete