Laksa Power adalah sebuah gerai lori pik up yang menjual Laksa, gerai ni agak terkenal bagi penduduk setempat yang mana dengan keenakan dan kepekatan kuah laksa tersebut membuat penduduk tempatan sangat menggemari untuk menjamu selera di kawasan ini, ia juga menjadi tempat favorite para pelancong & rakyat negara malaysia untuk merasai keenakan laksa tersebut... selain dari laksa , gerai ini juga terkenal dengan keenakan CENDOL yang mana cendol ini berisi pulut kuning berperisa jagung... hilang segala dahaga tatkala kesejukan cendol itu meresap ke kerongkong membuat yang dahaga kini menjadi segar.. kemanisan yang biasa-biasa sahaja amat sesuai yang mempunyai penyakit seperti kencing manis..
Berlatar belakangkan pantai, yang mana pengunjung dapat menyaksikan sunset.. tidak dapat digambarkan betapa indahnya suasana disitu sambil menghayati kesedapan laksa dan sekaligus dapat melihat pemandangan sunset, dengan deruan ombak yang sesekali menghempas pantai, deru angin yang membawa kedinginan sanubari . cukup menggambarkan lokasi yang mereka pilih ini sangatlah tepat. Jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari kesibukan bandar, gerai ini bertempat di pinggiran bandar .. jika berkesempatan menikmati sunset itu, kita akan dapat melihat para pengunjung akan mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan itu .. pastinye photoshoot itu berlaku sewaktu matahari itu ingin membenamkan dirinya...
gerai ini berada di antara pantai chenang dan padang matsirat.. agak sukar untuk memberi peta dari pekan kuah menuju ke kedai ini, namun bagi sesiapa yang ingin ke kedai ini, bertanyalah pada penduduk setempat, pasti mereka dapat menunjuk arah jalan, tidaklah mudah dah tidaklah susah untuk menuju ke lokasi ini. Selain kedai ini berlatar belakangkan pantai, kedai ini juga berdekatan dengan lapangan terbang langkawi, sesekali akan kedengaran bunyi enjin kapal terbang untuk berlepas dan mendarat.. jika bernasib baik.. kite akan dapat melihat para-para nelayan yang pulang dari menangkap ikan.. dengan kedudukan yang jauh dari kedai tersebut, namun kelibat nelayan itu masih dapat di lihat, adakala juga penduduk setempat akan menunggu nelayan2 tersebut pulang, dan mereka adalah orang pertama yang akan memborong ikan-ikan yang segar itu, harga? pasti lah sangat murah, kerana harga terus dari laut (^_^)..
dan jika anda berkesempatan berkunjung ke langkawi, haruslah anda mencuba laksa power tersebut.. dan sebenarnya.. sepanjang jalan menuju Gerai Laksa Power itu, kita juga akan mendapati beberapa Gerai yang menjual makanan yang sama..
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!