sewaktu entry ini di taip oleh si comot owner blog..
suasana di bumi Langkawi basah di timpa dek air
hujan yang lebat mengalir.. membawa diri mengingati sesuatu..
RUMAH BONDA.. rumah bonda yang telah ku tinggalkan jejak di sana..
rumah bonda yang terlalu banyak kenangan & pengalaman yang telah mendewasakanku..
rumah bonda yang ada bahagia, cinta, kasih sayang, kemarahan, suka duka... segalanya..
rumah bonda.. dan selepas hujan pun berhenti
terdengarlah suara katak menemani mimpi sepanjang malam..
walaupun telinga ini sakit, namun mata masih mampu tertutup rapat..
kini, tidak lagi aku dengar nyanyian katak ..
mengalir perasaan rindu yang mencengkam perasaan..
rumah bonda..
rumah bonda, usang.. namun tetap berseri..
rumah bonda, setiap kali kaki ini melangkah, di segenap sudut ada cinta & kasih sayang
rumah bonda.....
Rumah Bonda......
rumah bonda.. yang ada ketikanya hingar bingar dek suara bonda yang melemparkan kemarahan..
namun itulah suara kasih sayang Bonda..
duhai Rumah Bonda yang telah banyak berjasa..
telah aku tinggalkanmu, demi kerana seorang lelaki bernama Suami..
rumah bonda.. walaupun hati ini berat & rapuh untuk meninggalkanmu..
rumah bonda, ku berpaling melihat mu.. ku lihat wajah sayu bonda ku
terukir senyuman dibibir bonda, namun ku tahu.. pasti bonda tidak sanggup berpisah
namun hati Bonda terlalu teguh, sekadar menangis di dalam hati..
tangan ini terus melambai, sehingga kelibat bonda hilang di mata..
pertemuan sesingkat itu.. telah aku sematkan dalam jiwa
entah bertemu kembali atau tidak..
Rumah Bonda sentiasa diingatan..
msh rmh lamer ke? :)
ReplyDeleteya.. mcm2 kenangan kan di umah bonda..
ReplyDeletetersenyum nureen baca n3 ni.. pandai nisah mengarang.. klau nureen x brapa pandai bermadah :)
moga bonda nisah sentiasa sihat dan dilindungi OLEHNYA
aah nureen betol :)
ReplyDeletekalo msh dirumah tuh, eB msh boleh bygkan suasananyer :)
redup & aman....
biler hujan lebat, air naek kan?
tapi tng kat c2 :)
eh tau citer psl latifah x? jiran korang gaks kan? (mamak)
eB Ezrin: ye masih dirumah yang sama, cume skarang berwajah baru sedikit, apabila di bina seklai lagi, atas tapak yg sama.. alhamdulillah sekarang dh tak banjir, sebb dah tinggikan tanah..
ReplyDeletekak tipah, dgr cite die dh duk kL kot, tapi rumah org tuanya masih rumah yg sama :)
nureen: nisah tak pandai sgt, tp dulu ambil kelas sastera, dah lama tinggalkan, so ayat skang pon dh tak berapa lunak muahahhahaha