Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, March 12, 2012

pulak!! ke mana ni??

atooiiiii!!! pepagi ummi dah berpusing-pusing satu rumah bagai orang hilang anak.. serius memang ummi kehilangan anak bulu ummi tu, si budak demok yang tengah sebok bawak perot boyot beliau..
alahai anak!! kamoo hilang ke mana lagi..

kisahnye macam ni...
pada kebiasaannya setiap subuh jam loceng ummi akan berbunyi pukul 6.00 pagi, tetapi ummi off kan (rutin biasa la kan, mana ada org dgr alarm terus bangun kan, kecuali dah terlambat or terlewat hik hik hik) di sebabkan jari ummi sangat ringan mengoffkan alarm tu, dalam 5 minit kemudian ummi akan bangun untuk masuk dalam toilet (buang air, ni memang hari2 kena buat) tu pon sebab terpaksa kang tahan kang banjir pulak atas katil ni dan seharusnya selepas ummi keluar je dr bilik air akan terpacak lah si meowww tu yang entah mana die datang (tp kadang-kadang die tido gan ummi, kadang-kadang die tido kat bawah) kalau die tido kat bawah, bile die dengar pintu bilik mandi berbunyi die akan naik atas & duk depan pintu, pastu kami akan turun bersama-sama (hahaha sweet kan, macam bela anak sendiri pulak), kami turun sebab nak tambah mamam meooww for her bfast & nak bukak pintu :) selepas tu ummi akan naik balik ke bilik untuk mandi , solat atau tido balik.. itu kisah yang seharusnye berlaku setiap hari. Hari-hari macamtu, tak kisah lah waktu kerja atau waktu bercuti, waktu ummi sakit atau waktu ummi sihat..

tetapi.................

hari ini lain pulak kisahnya.. kisah yang buat ummi melompat kebawah ke atas mencari meowww..
macam biasa.. loceng berbunyi pukul 6.00pagi, ummi off, selepas 5 minit, ummi bangun masuk bilik air,, ummi memang perasan meoow xde dalam bilik, semasa ummi nak keluar dari bilik air, ummi dah memang jangka meoww mesti akan terpacak depan pintu tu kan hahahaha pastu akan kedengaran suara manja die mengiowww tu mintak breakfast..
tetapi sejurus ummi bukak je pintu, meoowww xde!! meowww xde kat tempat biasa die tunggu.. dalam hati ummi berkata (ohh mungkin makanan die ada lagi kot kat bawah tu, takpon die tido lena sampai tak dengar bunyi pintu bilik mandi, kot kot la kann) . Memandangkan ummi ABC minggu ni, jadi ummi tidak perlu fikirkan tentang solat , ummi juga sudah siapkan makanan bekalan lunch hari ni, so ummi tak perlu bergegas ke dapur untuk masak ngeeeee, tiba-tiba enche hubby bagitahu "abang tak pergi kerja la hari ini, abang cuti"
mendengarkan pengumuman tersebut,  riang ria sungguh dalam hati ni, tak perlu nak bergegas seperti hari-hari lain.. so, apa tunggu lagi?? lompat ah atas katil balik untuk sambung tido.. melingkor ummi dalam selimut tuh, dah gupe ulor sawa kekenyangan je, tapi ummi tido tak lama pon dalam pukul 7.45am ummi dah bangun, tapi yang ummi hairannya sehingga 7.45am ummi masih belum mendengar suara meowww, belum nampak kelibat meoowww, sebab seharusnya ummi tahu, die akan naik cari ummi kalau ummi tak turun, tapi hari ini, sunyi sepi tanpa suara dia, tanpa kelibat die.. hal ini telah mendatangkan kemusykilan dan persoalan.. ke manakah meowww?? dengan bertindak secara pantas.. ummi pon terus turun ke bawah.. mencari cari meoowww.. dari bilik depan ke bilik belakang, dari dapur sehingga ke bilik mandi bawah, dari bilik mandi ummi ke bawah tangga, dalam storage box, bawah katil, bawah timbunan kain, sume ummi selongkar.. sampai dalam kabinet pon ummi bukak, mana la tau kot2 dia masuk dalam kabinet & tak bole kuar dah.. tapi tu sume hampa.. meowww xde!!!!!!!
ummi naik atas balik, cari dalam almari baju ummi, tapi die masih xde..
jenguk ke luar tingkap bilik, mana tahu kot die melepak atas bumbung, tapi kelibatnya masih tidak kelihatan.. terduduk & termenung ummi seketika, ummi pasti meoowww mesti keluar ikut tingkap ni, die mesti ada di atas bumbung ni jugak.. sebab sume pintu & tingkap kat dalam umah ni sume tertutup, jadi jalan keluar haruslah di tingkap bilik kami sahaja..
masa berlalu, ummi harus bersiap-siap ke pejabat.. tiba-tiba terdengar suara enche hubby bercakap di atas..
"meooww kamu ke mana? kamu lapar ye? turun bawah g mamam.."
mendengar dialog di atas, ummi yang tengah gosok baju ni terus berhenti & naik anak tangga..
pastu dengar lagi enche hubby berkata
"ni meowww nak mamam ni?"
kaki ini melangkah lagi ke atas lagi.. ternyata meowww sudah pulang.. dan saat mata ini melihat meowww . meowww berjalan menuruni anak-anak tangga menghampiri ummi, dan kami berjalan bersama sehingga ke destinasi yang dituju "dapur & pinggan mamam meoowww untuk breakfast meoowww"


ku sangka kan hilang rupanya, meowww sekadar mencuci mata di atas bumbung orang sebelah..
_________________________________________________________________________
walaupun ada kawan ummi bagitahu ummi, bahawa ummi tidak perlu melayan seekor kucing seperti anak sendiri.. kerana kucing sekadar kucing dan bukanlah manusia atau anak yang perlu di manjakan sangat.. Ya, ummi tahu dan sedar seharusnya begitu, tetapi tahukah kamu bahawa hati wanita ini sangat sunyi? adakah kamu tahu bahawa kucing itu telah buat hati wanita ini gembira? tahukah kamu bahawa hati wanita ini di penuhi dengan kasih sayang?? tahukah kamu??? kamu, hanya bijak melemparkan kata-kata yang mengguriskan peraaan, tetapi kamu tidak tahu betapa deritanya hati ini....
_________________________________________________________________________




3 comments:

  1. Siapa yg berani ckp gitu kat nisah?!
    Sygilah haiwan yg jadi Kesayangan Rasulullah kita..
    Insya'allah pahala yg kta dpt.. ;)

    ReplyDelete
  2. mulut orang mmg mcm tu la kak, tak boleh tutup mcm nk tutup tempayan. selagi kita tahu batas2 pergaulan kita dgn haiwan, kita tak buat naya dgn haiwan abaikan je apa org cakap.

    auni dgn abi pun suka kucing, dorang pakat nak bela kucing tapi kita tidak setuju. kita alah dgn bulu kucing walaupun kita suka tgk kucing. hehe.

    ReplyDelete
  3. Salina@IbuAqil : ada dua org ckp mcm tu, tersentap jugak hati ni.. sampai nisah posted kat wall gambar meooww pon die tegur... atoiii, geram ade, sedey pon ade.. :(


    ch@: memang cha, tengok mulut tempayan lagi bagus dr dgr mulut manusia.. kalau dpt bercakap sesedap mulut je..

    siannye alah ye.. memang tak boleh.. akak ade asma ni, tp tak la kronik sgt.. jd bole la bela.. tp kena rajin sapu umah la.. kalau tak bulu die merata-rata :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!