Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, February 11, 2012

BAHASA CINTA DAN DIRI

tiada kata yang mengungkapkan tanya, tiada bahasa yang mejelaskan jawapan. tapi rahsia di hati, memang sukar dilindung, bila wajah mula berlagu ceria, biar diam berbicara, jalinan kasih anugerahNya tetap terbuka..

hari berganti hari, minggu berganti minggu tanpa aku sedari hidup aku umpama agin lalu,
betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati 
sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali.

entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku rasa sangat tenang, suka tawa girang dan riang
kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang
mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. tanpa sekarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala rencana, hidup aku 
sekarang sentiasa bahagia bersama keluarga sahabat-sahabat yang lebih meghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan wasangka.

aku sangka ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi aku menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara. 
Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta 
yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang
perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya.


Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!