okey, tadi ummi dah bgtawu salah satu faktor kenapa meoww taknak mamam
tapi entry part 2 ni, ummi nak cite pulak tentang
MEMUJUK KUCING UNTUK MAKAN
kite posing dulu yeayyyy |
muka budak yang nak kena di pujuk ni |
mari baca sini, sape2 yang ade kucing and dorang mogok tak nak mamam
bole ikut seperti cadangan di bawah untuk mengendalikan masalah ini (^_^)
Jika sebelum ini kita telah mengetahui MENGAPA KUCING TAKNAK MAKAN dan apa risikonya, jadi bagaimana mahu memujuk nya untuk makan? Kucing yang sakit tidak akan dapat makan dengan baik,jadi anda berperanan untuk menggalakkannya makan. Cuba berikan makanan yang lazat seperti makanan kucing dalam tin, ikan tuna atau daging ayam rebus (direbus kosong tanpa bahan campuran). Panaskan sedikit makanan itu sehingga paras suhu badan, ini akan menaikkan aromanya dan membantu selera kucing.
Memberikan makanan itu dengan tangan, bercakap dengannya secara perlahan dan membelai kucing anda juga boleh merangsangnya untuk makan. Anda boleh memberinya makan samada dengan sudu atau tangan dan menggalakkan kucing anda untuk menjilatnya. Jika dia masih tidak berminat, jangan biarkan makanan anda berada di luar lebih dari sejam. Angkatkan makanan itu dan cuba perkenalkannya semula beberapa jam kemudian dan ulangi langkah memujuk seperti di atas.
Jika tidak ada cadangan di atas yang berjaya memujuk nya, anda perlu berunjung ke veterinar anda. Veterinar mungkin akan memberikan preskripsi merangsang selera makan atau memaksa kucing anorexic untuk makan. Paksaan makan atau force-feeding biasanya dilakukan dengan syringe tanpa jarum dan formula makanan dalam bentuk cairan akan dimasukkan ke dalam mulut kucing. Bagi kucing yang terlalu sakit atau sukar untuk memaksanya makan melalui mulut, kaedah memasukkan tiub makanan ke dalam perut atau esofagus mungkin akan dijalankan.
Bagaimana pula dengan air?
Veterinar dapat mengawal keadaan ini dengan menyuntik kucing dengan sebatian elektrolit bersteril di bawah kulit kucing. Kaedah ini dipanggil subcutaneous administration. Air juga dapat di masukkan secara terus ke badan melalui salur darah yang biasa disebut sebagai IV atau intravenous. IV memerlukan kucing anda dimasukkan ke dalam wad atau bermalam di sana tetapi ini adalah langkah yang penting bagi kucing yang mengalami dehidrasi.
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!