Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, February 16, 2012

Penjagaan Makanan Kucing

walopun nampak ringan atau kelakar sebb ummi taksub sgt nk post2 entry camni kan..
tapi bagi ummi rasa ia agak penting, sbb haiwan adalah makhluk yang perlu kite jaga dan pelihara semampu yang ada, tidak perlu berlebihan, cukup sekadar kite mampu dan keadaan dirinya terjaga . tolong percaya ye, KUCING juga ada perasaan!!!
dan, ini lah hasil entry kali ni, ummi cari tau..
bukan ummi mengkaji and menaip mengikut akal ummi
tapi fakta2 di bawah, adalah fakta yang ummi cari and jumpe..
ummi masukkan dalam entry ummi, untuk kongsikan bersama dgn kawan2 ummi kat sini.. (^_^)

kami berdua, landing selepas penat bekerja hehehhe

jom kite baca yang ni pulak >>>>

Makanan adalah perkara paling utama dalam penjagaan kucing. Makanan lebih utama berbanding memberi perhatian dan mencakar perabot! Makanan digunakan oleh sesetengah pemelihara untuk 'merasuah' kucing atau untuk mendapatkan perhatian kucing mereka. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan mempunyai kepentingan psikologi untuk kedua-dua kucing dan pemiliknya. Maka tidak hairanlah jika penjagaan terhadap makanan kucing ini diletakkan sebagai perkara yang mustahak.

Adakah terdapat formula tertentu untuk memberi kucing anda makan? Perlukah kita memberinya makanan dalam tin, atau kering, atau separa kering, atau kombinasi di antaranya? Perlukah kita risau dengan perasa/pewarna tiruan? Adakah kucing akan bosan dengan makanan yang sama tiap-tiap hari? Bolehkan anak kucing dan kucing tua memakan makanan yang sama? Berapa banyak makanan yang perlu dihidangkan? Kesemua soalan itu adalah penting tetapi malangnya jawapannya adalah tidak begitu jelas.


Kita mungkin berfikir bahawa kucing adalah binatang yang makan hidangan yang sedikit dan kemudian mengulanginya sepanjang hari. Jika pemberian makanan tidak terkawal, kucing akan mempunyai berat badan berlebihan. Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari setengah gelas sehari boleh menyebabkan obesiti.

Kebanyakan kucing indoor cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.

Makanan diberi dua atau lebih hidangan sekali, dimana setiap kali hidangan dalam kuantiti kecil. Berikan sebahagiannya makanan dalam tin, sebahagian lagi kering, untuk mengawal kadar ambilan makanannya. Kaedah kedua adalah memberinya makanan dalam tin saiz kecil, dan sedikit makanan kering di antara waktu makan.

Jika kucing anda telah mengalami berat badan berlebihan, berjumpalah dengan veterinar dan minta pandangannya. Jangan sekali-sekali meletakkan kucing anda dalam program diet tanpa kawal selia oleh veterinar. Ini boleh menyebabkan keadaan hepatic lipidosis yang mengancam nyawa kucing anda. Kawal selia oleh veterinar terhadap penjagaan makanan bagi si comel yang mempunyai berat badan berlebihan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.


erkkk baru ummi tawu, meoww tak bole mamam Dry Food je, okey lepas ni kena bertukar ke makanan dalam tin pulak, tetapi harus simpan stok untuk Dry Food juga... (^_^)
okey yayunk meooww nnti ummi beli yang basah punye ye
meoww said "okey ummi, no problem"

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!