Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, February 16, 2012

bile budak demok tak nak mamam :(

harus ada cerita si meooww ummi yang sangat comey
budak demok yang baik, tak notty2 sepanjang 2 bulan bersama kami (^_^)
tetapi, satu perkara yang ummi perasaan.. menjaga meoww ibarat menjaga
anak kecil, makanannye, layanannye, pujuk rayunya..
serupa sebiji!! cume meoww adalah haiwan kesayangan, dan anak adalah anugerah Ilahi (^_^)
oleh yang demikian, dua tiga menjak ni, si meoww ummi telah buat ummi susah hati lagi
si meooww, tak nak MAMAM..
ni muke budak x nak mamam, x ceria je

alahai meoww kenapa kamu tak nak mamam,
ke sana ke sini ummi tanya kawan2
tentang meoww tak nak makan..
ada yg kate die sakit, ada yg kate die selesema, ada yg die peknen, ada yang kate die jemu dengan makanan.. opsss kalo jemu tu mungkin ye kot, sbb setakat 2 bulan ummi jaga die, baru 2 kali ummi tukar makanan die :)) walopun ummi die ari2 tukar makanan..
tetapi, kerisauan ummi mmg tahap tinggi, oleh demikian
ummi telah meninjau beberapa blog tentang hal-hal kucing..
dan ummi mendapat hasil seperti berikut
tido , pewot die dah kempis

mungkin ada di antara kalian tidak berminat, tetapi di entry ummi
ummi nak masukkan beberapa fakta yang ummi dapat, tentang meoow yang tak mau makan..
so, pada sape2 yang tak tahu, bole la share di sini ye (^_^)

ini carian yang ummi jumpe: >>>>

SI COMEL TIDAK MAHU MAKAN

Anorexia adalah keadaan di mana hilang selera makan dan veterinari menggunakan istilah ini dalam situasi kucing tidak mahu makan atau makan terlalu sedikit.

Cerewet dan tidak makan adalah dua perkara yang berbeza. Sesetengah kucing tidak mahu menjamah makanan lain kecuali makanan kegemarannya sahaja dan ini dipanggil cerewet. Tetapi kucing anorexic adalah kucing yang tidak menghiraukan langsung apa yang anda berikan pada mereka. Jika kucing tidak makan selama 24 jam, anda patut risau. Jika keadaan ini berterusan sehingga 48 jam, anda perlu membawanya ke klinik secepat mungkin.

Kucing, terutamanya yang mengalami berat badan berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil hepatic lipidosis jika mereka tidak makan. Kucing yang mempunyai hepatic lipidosis akan memecahkan lemak badan untuk menukarnya kepada tenaga tetapi lemak ini akan membinasakan organ hati, mencederakan sel hati dan menjadikan kucing bertambah sakit. Pencegahan awal terhadap kucing anorexic adalah diperlukan untuk mengelakkan dari berlakunya hepatic lipidosis. Keadaan hepatic lipidosis akan mengancam nyawa kucing anda.

Mengapa Kucing Tidak Mahu Makan?

Jika kucing anda enggan makan, anda perlu mengenalpasti jika terdapat sebarang masalah pada dietnya atau kucing anda sedang sakit. Ini adalah beberapa sebab mengapa kucing yang sihat enggan untuk makan:
  • Makanan itu rosak.

  • Semut atau ada serangga lain dalam makanan.

  • Makanan mengandungi perasa yang tidak disukainya.

  • Terdapat persaingan pada mangkuk makanan (ada kucing lain).

  • Makanan manusia mempengaruhi selera makannya.

  • Mangkuk makanan berada di lokasi yang tidak digemarinya.

  • Kucing anda telah memburu dan memakan buruannya atau makan makanan di rumah jiran.
Jika sebab-sebab di atas tidak berkait dengan kucing anda, kemungkinan besar kucing anda sedang sakit. Antara sebab mengapa kucing yang sakit tidak dapat makan:
  • Kucing anda sukar bernafas (congested) dan tidak dapat menghidu makanan.

  • Kucing mengalami demam dan hilang selera makan.

  • Gigi yang sakit atau lain-lain penyakit mulut yang mempengaruhi keupayaannya untuk makan.

  • Hati atau mana-mana organ dalaman menyebabkan rasa mual.

  • Kucing mengalami dehidrasi dan terlalu lemah untuk makan.
ni la keje meooww selalu



Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!