Memaafkan orang lain adalah seperi memafkan diri sendiri
setuju???
selalu kan kite dengar ungkapan "MAAF" diberikan oleh seseorang
yang telah melakukan kesilapan
tak kisah lah kesilapan kecil atau besar, tetapi adakah kite seorang
yang mudah memaafkan orang @ tak?
haaaa, mengikut kajian pakar psikologi, di rumah sakit jiwa aka tanjung rambutan aka tampoi,
penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang yang BAKHIL. BAKHIL yang dimaksudkan tu adalah orang yang tak mahu meberi maaf (rupenye, orang kedekut beri maaf ni pun BAKHIL jugak ye)
Mereka seorang yang keras hati dan sangat ego untuk memaafkan kesalahan orang lain
mesti kite penah dengar org ckp macamni:-
"aku takkan maafkan kau sampai mati"
sebenarnya, orang yang merasakan diri mereka ni besar dan tinggi diri. sedangkan manusia itu hanyalah hamba dan Allah SWT lebih berkuasa dari sekalian makhluk.
Jika kita ikhlas memberi maaf, perasaan marah itu akan padam, kite harus ingat.. sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa pun masih boleh mengampuni dosa hamba-hambaNya, apatah lagi kite ni manusia yang lemah dan hina ni..
Mungkin agak perit bile teringatkan setiap kesalahan org sekeliling kite pada kite, namun jika mereka memohon maaf, maafkanlah seikhlas hati...
Sesungguhnya memberi maaf itu satu sifat yang terpuji lagi mulia. Walaupun orang yang melakukan kesalahan tidak meminta maaf kepada kita, alangkah eloknya jika kita memaafkannya lebih dulu.
Orang yang suka memendam kemarahan dan dendam akan mengalami tekanan perasaan yang amat serius. Mereka seolah-olah menyimpan bahan bakar dalam diri mereka yang boleh meletus bila-bila masa. Bayangkan jika kemarahan itu telah mencapai kemuncaknya, mungkin mereka akan melakukan tindakan yang tidak terkawal lagi seperti membunuh, atau mencederakan orang lain tanpa mengira sesiapa sahaja. Malah mereka juga akan bertindak membunuh diri sendiri.
Sama-samalah kita menanamkan sifat mudah memberi maaf agar kita juga memaafkan diri kita sendiri. Amalkan sebelum tidur, kita maafkan semua orang agar orang lain juga mudah memafkan kita. Erti bahagia itu dengan memberi..maka Memberilah..walau pun sekadar “memberi maaf”.
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!