Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, February 11, 2012

BILA AKU TERFIKIR

Setiap hari aku melalui sebuah masjid, kerana ofis aku berdekatan dengan masjid tersebut, dan pertama kali aku sampai ke bumi baru, aku dapati masjid tersebut mempunyai kawasan perkuburan.. setiap pagi aku melihat kubur tersebut, sambil dlm hati aku.. atau dengan lafaz mulutku sendiri aku memberi salam.. sesungguhnya aku bukan sesiapa yang mampu memberi apa2 kepada penghuni didalamnya..

sekadar termampu yang terlafaz di bibir..

namun pernah pernah juga aku terfikir, jika aku sendiri pergi di saat aku masih di bumi ini, di manakah jasadku di tanam?? maka dengan rela hatinye aku berkata.. jika kesampaian.. ingin aku di kuburkan didalam perkuburan tersebut, biarlah aku merasa kiriman salam dan bacaan al-quran dari insan2 yang melalui jalan tersebut..

dan dalam masa yang sama, aku juga mampu mendengar suara-suara azan berkumandang hampir dan dekat dengan perkuburan ku..

semoga aku tidak lupa dari asal usul aku, agar aku tidak lalai menjadi hamba yang baik...


Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!