taman sentosa, ni nama taman tempat nisah tinggal sekarang bersama en hubby & my meoww yang chomey, kalau dah sebut taman tu mestilaah rumah kami rumah teres kan.. sebenarnya nisah nak cerita pasal jiran nisah (sebelah rumah je).. setelah 8 bulan kami tinggal dekat taman sentosa ni baru 2x kami "bersembang" napa nisah letak simbol "___" ni?? tu sebab nisah nak bagitahu yang walaupun istilah sembang di gunakan tetapi kami hanya sembang tak sampai 5 minit, semenjak dari tu, sehingga hari ni kami tak pernah bersembang, bukan tak pernah berselisih.. tapi tak tahu kenapa dia seolah2 tak layan nisah, dulu pon nisah ajak sembang pon sepatah2 je dia jawap (seolah-olah tak berminat je) .. padahal nisah perasan dengan jiran-jiran lain die okey je bersembang, ramah tamah sangat, tak tahu kenapa dengan nisah seolah-olah die tak berminat, pernah jugak nisah terasa dengan dia, masa tu nisah tegur anak dia.. then anak die tak sempat nak balas teguran nisah, terus dia tarik anak dia masuk umah, (tersentap kejap).. dan yang selalu nisah perasan, setiap kali nisah duk kat luar (jemur baju) dia mesti akan terus tutup pintu, and bila nisah masuk umah, baru dia keluar jemur baju.. sebenarnya nisah tak kisah pun dia buat camtu, tapi nisah terfikir jugakkan kenapa die buat macam tu? nisah ada buat silap gan dia ke? rasenye macam tak je kan? entah lah.. apa yang dia fikirkan.. apapun kalau ada salah & silap nisah tolong bagitahu..
apa yang perlu nisah lakukan untuk perbaiki hubungan sesama jiran?
betul, nisah mengaku nisah tidak bergaul dengan mereka, nisah tak pernah join mereka waktu mereka berkumpul bersembang, betul.. nisah banyak habiskan semua masa nisah di dalam rumah.. dari hari isnin hingga hari jumaat nisah keluar pukul 8pg balik pukul 6.30pm, pas balik memang terus masuk umah prepare makanan or dinner & lakukan perkara2 kecil dalam rumah.. kalau kata hari weekend kat situ pun nisah mengaku yang nisah tak keluar rumah.. masa weekend nisah habiskan bersama perkara2 di dalam rumah, ye mungkin salah nisah jugak kerana tidak bercampur gaul dengan mereka.. tetapi nisah seolah2 tidak diterima, sedangkan masa tinggal di manjung dulu, sikap nisah sama jugak, tetapi nisah masih ada jiran yang selalu kami bersembang (sehingga kini kami masih keep in touch, walaupun die adalah india) kadang2 nisah terfikir, berjiran dengan bukan semuslim dengan nisah lebih baik dari ada jiran yang seagama, sebab tanpa sebab yang kukuh, nisah seolah-olah diketepikan dan di pimggirkan.. atau adakah semuanya salah nisah?? tiada jawapan..
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!