kamu, kamu buat cinta itu macam tiada harga.. hanya kerana kamu seorang lelaki, kamu sewenang-wenangnya menabur cinta, tidakkah kamu fikir apakah yang bakal perempuan itu fikirkan.. adakah kamu fikir kamu hebat? sehingga kamu boleh melemparkan cinta kamu sesuka hati? hanya kerana kamu ada rupa, kamu boleh tabur cinta pada sesiapa yang kamu mahu, tidak kah kamu ketahui, hati perempuan-peremuan itu akan kecewa.
aku perempuan, seorang wanita, pernah menjadi seorang yang di panggil "kekasih" kepada seseorang, aku seorang yang pernah rasa, apa itu jatuh cinta. kini aku seorang isteri yang sentiasa inginkan cinta dari seorang suami (lelaki sejenis kamu). oleh kerana aku wanita, semestinya aku memahami perasaan wanita lain apabila jatuh cinta dan sakit apabila di kecewakan...
jangan kamu menyusun kata-kata, kerana perempuan itu bisa terluka
jangan kamu mengukir janji manis, kerana janji manis itu bisa runtuhkan iman
jangan kamu menabur cinta, kerana wanita itu terlalu mudah jatuh cinta...
jangan kamu lakukan seperti itu, kamu perlu sedar bahawa hakikat cinta wanita itu adalah agung..
Dik, akak suka baca semua coretan nisah.. Tp kan bleh tak nisah tukor besorkan sikit saiz font utk entry nisah ni.. Kecik ler dik.. Terkebil2 mata akak nak bacanya.. Yg lain semua best.. Hik3!!!
ReplyDeletehihihi akak, bukan kate mata akak je yg terkebil2, mata nisah pon.. ada terfikir nk tuko bg besar.. tp mcm besar sgt.. hahha neway akak, thanks coz komen, nisah akan usahakan kasi beso sket :D lov u so much sis..
ReplyDelete