Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, March 7, 2012

our shoulders (shoulder to shoulder)


pagi-pagi teringat kepada seorang sahabat yang saya panggil dia kakak..
beliau saye kenal sewaktu kami sama-sama bekerja dalam sebuah firma guaman di Ipoh,
sewaktu masih bujang sewaktu kami masih remaja riang.. (beliau pra senior kat situ), hari berganti hari, bulan berganti bulan kami sekadar bertegur sapa, tanpa keluar bersama, tanpa bersembang mesra.. kami hanya melontarkan senyuman, sekadar senyum menandakan kami kenal di dalam pejabat yang sama.. sentiasa mendengar suara beliau, selalu melihat kelibat beliau.. namun satu perkara saya perasan.. beliau selalu keluar waktu rehat.. (mungkin date gan BF kot).. dari hari, ia berubah menjadi minggu, dari minggu ia bertukar menjadi bulan, dan tiba di satu masa ia bertukar menjadi tahun, genap setahun.. saya di tukarkan ke department lain (tingkat 1, satu tingkat dengan kakak tu)

masih saye ingat beliau masa tu bekerja di bawah seorang Peguam Venkadesh Nail (Litigation Lawyer) saya pula bekerja di bawah kak Nora (Conveyancing), kedudukan beliau nun jauh di hujung pejabat, namun selalu saya nampak die lalu di depan saya, sebab kedudukan saya di tengah-tengah kawasan tu, beliau suke kehulur ke hilir ke hujung sini sebab nak tengok diary aktiviti lawyer, tetapi saya selalu jugak lalu lalang depan die sebab nak pergi toilet (kalau tak lalu depan die, camne nak g toilet)..

hari tetap bertukar hari.. dari tersenyum sahaja, kami mula bertegur sapa, dari bertegur sapa kami mula bersembang, dari bersembang hal-hal merapu, kami bertukar bersembang ke hal-hal peribadi,. entah bagaiman hubungan ini terjalin, kami mulai rapat.. jika dulu kami masing2 rehat sendirian, tapi waktu berubah buat kami berehat bersama-sama.... dari makan asing-asing kami bertukar makan bersama2, malah selalu kongsi makanan sama-sama.. dari kami balik asing asing entah bagaimana kami mulai balik bersama-sama (tapi kami tak balik umah terus, kami akan merayap merayau dulu).. masa berlalu dengan begitu pantas, kami berkongsi segala-galanya (kecuali BF).. tidur setikar (tikar yang kami beli tu harganya rm7 (share share sorang rm3.50).. tikar tu kami gunakan untuk tido, (err sempit pun, tapi kakak tu kecik makanya jadi muatla kami tido berdua, tu pon kena mengiring), dengan tikar itu kami lapik sejadah utk solat.. itulah tikar buluh :)

ketawa.. menangis.. bergaduh.. bermanja .. bersama-sama.. rajuk yang buat kami muncung.. tu semua adalah lumrah dalam sebuah ikatan, namun setiap apa yang berlaku.. pasti ada jalan penyelesaian, usah di bawa berpanjangan.. saat indah, suka duka, gembira tangis dan taw segalanya di kongsi bersama..
telah kami lalui hari-hari kami dengan kenangan yang terindah,   alhamdulillah hubungan kami terus bersambung hingga ke hari ini.. andai suatu masa tiba nanti, kami bertemu kembali, adakah airmata yang bakal mengalir sat pertemuan nanti? adakah kata-kata dapat di luahkan dalam gelora rindu yang melanda?


sempat kami mengumpul pelbagai kenangan, tiba masanya untuk kami berpisah.. Alhamdulillah, she got offered from Polis Diraja Malaysia, tapi bukan lah Polis, tapi dapat offer admin kat situ.. di bibir hanya terucap "Congrats" walaupun hati tak sanggup melepaskan.. namun harus saya sedar kehidupana harus di teruskan.. kini segalanya kian berubah, kami mengikut haluan masing masing tanpa menolak tepi kenangan yang tercipta... segalanya kami tinggalkan sebagai sebuah kenangan da sejarah yang pernah kami isi di saat remaja kami (^_^)
kini, kami telah menjadi isteri dan beliau telah menjadi seorang ibu.. masa berlalu lagi, kini anak itu pon sudah besar, menampakkan usia kami semakin matang.. jika di hitung .. perkenalan kami telah berusia 8 tahun.. 

kini, walaupun tiada gambar kami bersama utnuk kami simpan sebagai kenangan..
gambar sekadar gambar untuk di tatap.. namun satu perkara yang perlu kami ketahui..
kenangan yang di cipta tetap terpahat dalam tugu ingatan  buat selamanya..

terima kasih menjadi sahabat & kakak saye..
kalaulah kite tidak sempat bertemu kembali..
hanya kemaafan yang nisah mohonkan, atas segalanya
kata-kata yang mengguris hati, gurauan yang merajuk jiwa..
hanya mohon agar di halalkan, makan minum yang pernah kite kongsikan..
di mana pon kita berada, kakak tetap di hati ini..

thanks to been everything to me, thanks coz sharing yours shoulder, when me sad, when me cried.. u always in my side.. when I'm happy, when I'm laughing, u always with my side.. 

Thank You So Much my Dear Sis Salina Sasliza Binti Abdul Rashid 

akak, kalau ada yang nisah tertinggal.. tolong ingatkan ye..
(sebab tak mampu nak ceritakan semua kisah kite,  tak muat entry ngeh ngeh ngeh)


6 comments:

  1. Ayarkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
    Budak ni bt haku nangis blk sorang2..
    Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
    Siap ko esok dik..
    PayBack time..
    Dlm entry akak esok pg erk.. ;p
    Dah draft siap2 jap ni..
    Ngeh3!!!!
    Neway dik!!
    Akak terharu!!
    X leh nak ckp bnyk dah..
    Senyum je.. ;)
    I lebiu Nisah..
    4 ever u are my dear sis.. ;)

    ReplyDelete
  2. akak.. Lebiu u two three four five six seven eight nine ten and million million :))

    akak, byk lagi nak masuk nih, tp kang tak jadi episod pulak..

    hahahha nak balas dendam ye, moh kite berlaga hahahha

    ReplyDelete
  3. Esok2!!!
    Tepat kul 8 pg..
    Akak dah draft siap2..
    Tp cerpen akak x sehebat nisah..
    Itu hanya bebelan ikhlas tu.. ;p

    ReplyDelete
  4. slm menaut ukhwah dari TLF... blog sifu (erkkkkkkkkkk?) ina :)
    kami org ipoh jugak... taman chempaka ... hik3

    ReplyDelete
  5. OMG, it's soooo sweet. kak ina, i thougt that's be the best entry for u rite. kita baca dgn senyuman melebar. to nisah, thanks awak sudi share about kak ina kpd kita. thumbs up. she is the best fren rite? salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  6. Akak: yeahhhh nisah akan terjah okey :)

    eB ezrin :Salam Ukhwah :) saye orang silibin .. sekampung kite ye..

    ch@: she is my best fren, my luvly sista.. Syukran to Allah, temukan kami berdua.. :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!