Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, January 11, 2013

Cerita Orang Biasa

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

cerita orang-orang biasa.
mungkin ada yang pernah lalui keadaan ini..
oleh itu nisah mohon maaf dahulu, 
mana lah tahu jika ada yang berkata nisah ini nak menunjuk.
tapi sebenarnya. tiada niat begitu. sekadar entri untuk Hari Jumaat Penghulu Hari sahaja.

kisahnya begini..

beberapa bulan yang lalu.. masa tu ketiadaan Hubby, 
tinggal nisah seorang diri..
biasanya sebelum hubby ke outstation beliau akan meninggalkan sedikit wang poket.
ye. walau pun nisah bekerja, tapi nisah tetap mengepau beliau. "nafkah" kan... hehhe
sepanjang masa itu, memang akan ku habiskan semua duit yang die beri.. kalau tak cukup. makanya akan kedengaranlah ayat-ayat ku yang manis ini untuk mengepau beliau. **sungguh isteri ini mata duitan** hehehhe

apabila tiba satu ketika, Nisah telah habiskan semua duit yang hubby bagi, termasuklah duit  gaji ku sendiri. duit2 tu telah selamat ku laburkan di kedai-kedai makan & shopping complex sekitar Langkawi. Maka, selepas itu tinggalkan rm20 je untuk Nisah belanja sehingga Hubby balik. ingin ku jerit2 dalam hati.. Mana nak cukup !!! Kebetulan, masa tu hubby pulak tak dapat di hubungi. Mahu sahaja ku keluarkan duit simpanan. Tapi akal kuat mengatakan "JANGAN" . walau apepun, Nisah kena belajar jugak survive dengan duit RM20 tu je.. sedih gila time tu **mujur tak gila lagi**

walaupun begitu, ku tetap tak serik. sibuk berangan nak makan kat luar lagi.
masa tengah jalan-jalan kat pekan kuah, terserempak lah dengan beberapa budak
yang mohon dibeli CD yang di jual oleh mereka. Nisah berdiri sekejap, ingin ku elak tapi tak sampai hati. ingin ku beli duit tak cukup. dugaan apakah ini **ini bukan dugaan, ni penyakit yang ku cari sendiri . sape suh g menyopping sakan kannnnn** hehehe

Lalu Nisah pun berkata "Dik, harga CD ni berapa?"
adik tu kata "RM15 kak"
(memandangkan Me dah ada CD Zikir tu, makanya Nisah berkira2 dan Me terus buka mulut"
.... dik, mak cik dah ada CD, kalau mak cik berzakat je, boleh tak??
adik tu " boleh kak, saye terima"
>> Lalu nisah pun keluarkan not rm10.00, dan berikan pada dia. maaf ye dik. Mak Cik bagi ni je>>
adik tu : tak pe kak, saye terima  (lalu budak tu menadah tangan dan beliau memohon doa)
>> nisah pun ikut lah jugak menadah tangan kan<<
Budak tu pun berdoa "Ya Allah, semoga kakak ini di berkati  dan di murahkan rezekinya, di panjangkan usianya, di berikan kesihatan yang baik" Lalu kami mengaminkan doa tersebut bersama-sama. Nisah sekadar tersenyum melihat budak itu, terdetik beberapa perasaan di hati. Hiba. sedih. gembira. segalanya bercampur.. Alhamdulillah masih ada yang sudi mendoakan buat wanita ini.....  (^_~)

masuk sahaja ke dalam kereta, maka gugurlah airmata wanita ini. entah kenapa terharu sangat. Lalu nisah pun terus balik. tak jadi beli makanan. hehe duit dah tingal RM10 kan ?? balik je lah, masak je kat umah...

************************************************************************************************************

malam tu , tetiba hubby call ... 
entah macamana, tetiba hubby tanya .
soalan yang dia tak pernah tanya selama ni
" duit belanja ada lagi ke ?? "
dengan keadaan malu-malu meooww nisah pun jawab
"errr ada lagi, tinggal RM10 je"
hubby " rm10 je ?? "
Me : hehehe iye lahh.....
hubby pun ckp "abg dah bank in kan duit belanja awak kat ciMb"
Me : Bila abg Bank In, ehh saye tak mintak pun
Hubby : petang tadi abg Bank In, nanti boleh lah guna.
Me : okay, mekasih abang.. u look so sweet like honey.....

************************************************************************************************************

Kalau nama pun rezeki kan..... ngeh ngeh ngeh.....



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Moral of the Story >>

Jangan membazir, membazir tu amalan SYAITAN. 

Belajarlah untuk bersyukur, kerana bukan semua orang dapat apa yang kita dapat sekarang.

Ketika kita senang, ingatlah orang-orang yang susah

Tak kisahlah rezeki tu sikit ke banyak. berkongsilah. Allah sentiasa menguji hambaNya.. dengan pelbagai cara dalam tak sedar...

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Allah itu sesungguhnya Maha Mendengar doa hambanya ikhlas ...

    ReplyDelete
  2. Bila kita ikhlas bersedekah, Allah akan beri kita rezeki berlipat kali ganda kan kak

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah Nisah..rezeki yg tidak diduga

    best citer ni..baca dua kali..
    nasib baik tak gila hehehe..

    ReplyDelete
  4. insyaallah kalau kt ikhlas.. kt akan dapat rezeki berganda nanti..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah klu kita ikhlas akan ada balasan yang baik..
    Akak pun sama Nisah, sllu nya gaji akak bayar apa2 yg patut..then gaji hubby dia akan bagi kt akak..akak yg pegang..hehe..

    ReplyDelete
  6. berkat apa yg kita kongsi dgn org ni....selalu mcm tu la..dlm keadaan tertentu jgn pntgkn diri jugak..:)

    ReplyDelete
  7. Akak yg baca entry ni pun terharu dan sebak...keihklasan Nisah & Doa buak tu yg buat akak camtu..hu hu.hu

    ReplyDelete
  8. salam kak nisah..
    huhuh..tersentuh hatiku mmbacanya..
    alhamdulillah kan kak.. rezeki yg tak disangka2..

    bila kita sendiri yg rasa xmampu..tp masih mmbantu org lain dgn niat lillahita'ala.. allah akan bg berganda2 buat kita...
    tahnaih buat akak..


    so..lepas ni jgn berbelanja...jangan berbelanja TANPA ajak cma sekali hokayyyy...
    klu tak,cma merajuk jejajuh.. wuhuuuu...:p

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!