Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, January 1, 2013

Sahabat

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… 
Dah dapat sepak…

2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…
Lepas tu pijak…

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…
Dah dapat tendang…

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…
Dah sengkek gadai…

6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…
Hujan gerimis baru muncul…

7. Kawan tu bukan macam KERETA. 
Rosak sikit jual …Beli baru…

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . 
Kejap ade kejap takde…

9. Kawan tu bukan macam BANK. 
Bila dah takde duit baru nak cari…

10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? 
Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…

Persahabatan…

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.

Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah

Monolog Cermin Hati >>> “Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”


8 comments:

  1. ya betul tu..hargai la kawan kita//

    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baharu nisah..

    ReplyDelete
  3. betul kak..slamt thn baru..mg psahabatn kite d alam maya kekal hingga ke syurga ya :)

    ReplyDelete
  4. Hargai sahabat2 kita... Akak syg sahabat2 akak termasuk yg kenal di alam maya...indah nya ukhuwah yg terjalin...
    Happy New Year Nisah...:)

    ReplyDelete
  5. Betoi tu Nisah, teman yg sebenar-benarnya adalah insan yg mampu membimbing kita ke syurga..,

    ReplyDelete
  6. kawan mmg kn sll dihargai...kawan dgn ikhlas sudah memadai

    ReplyDelete
  7. salam kak nisah..
    alahai..terharunye.. terharunye...bile bace yg no 10 tu.. hihih..

    alhamdulillah..semoga kita dikelilingi oleh org2 yg menyanyangi kita... :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

Follow by Email