Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, January 28, 2013

Kembali kepada Fitrah

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

melalui sebuah kehidupan, melakukan kesilapan berkali-kali.
lalu Allah turunkan musibah. Insan tertunduk kaku. mencari diri yang semakin hilang.
tersentak dan tersedar. kembali ke pangkal jalan..
kehidupan kembali tenang..

adakala mainan Syaitan bermain di minda.
kembali lemah. kembali ke jalan-jalan yang hitam..
sedikit demi sedikit ia tinggalkan suruhan agama.
sesat. leka. berhibur tanpa kesal.

Allah masih menyayangi..
di berikan musibah. Ujian yang lebih hebat.
Insan itu tersedak dari kehidupan yang lagho.
masih lorong yang sama..
kembali kepadaNya..

berkali-kali..
kesilapan berulang, ujian & dugaan di beri
satu persatu.
Tanda Cintanya Allah kepada hambaNya
tak jemu menurunkan ujian.
hanya inginkan hamba itu kembali ke pangkal jalan...


mencari kesempurnaan..
melihat kesilapan orang lain. merungut tanpa bersyukur..
lalu, tersesat buat sekelian kalinya.
terpekung dalam lumpur cinta 
hanyut bersama lembut kata-kata
sehingga kata-kata yang nista seolah di rasakan manis bermadu.
pujukan yang menggoda. bicara yang mengasyikkan...
adakala terluka. namun cinta telah menguasai segalanya.
lalu tersedar, bahawa cinta itu bukan milik mutlak.

belajar untuk melepaskan..
kembali kepada yang hak.
ke jalan menuju syurga
tinggalkan lorong hitam berduri..

hidup tidak akan selamanya harus begini.
lepaskanlah walau ada sisa yang di tinggalkan..
biarkan ia...

kembalilah.. kembalilah .. kembalilah..
sebelum pintu taubat itu tertutup...




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> kembali ke jalanMu.. bersyukur kepadaMU. NikmatMu, hikmahMu, ujianMu.. buat sekelian kalinya. Masih terbuka jalan-jalan taubat ke pangkuanMu... kembali kepada fitrahMu....

8 comments:

  1. as-salam.alhamdulillah.

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/segmen-khas-islam-itu-indah.html
    jom join :D

    ReplyDelete
  2. Setuju Nisah..
    apa pun kita kena kembali kepada fitrah kita sbg manusia..
    Jom sama2 perbaiki diri..:)

    ReplyDelete
  3. jom kita sama2 memperbaiki diri..kak intan seronok tau sebab kita sesama blogger saling berkongsi ilmu. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. penuh makna mendalam...
    dunia hanya persinggahan..
    kita adalah orang asing di dunia ini..
    kampung kita adalah akhirat..
    petik dari majalah fardu ain..
    nice entry nisah :)

    ReplyDelete
  5. hebat nisah
    entry ini
    buat akak termenung sudah
    bermuhasabah tak sudah
    terima kasih nisah
    selalu bagi ingatan
    yang indah indah

    ReplyDelete
  6. salam kak nisah..
    huhuh...akak buat cma terkedu ni..
    hmmmm.....


    akak..cma mintak copy ye..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!