Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?
Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Adakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
Kembara menuju destinasi cinta?
Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada Tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri jua kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.
Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia.
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.
Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya,
Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
Kepada Tuhan Maha Pencipta?
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
kita kan lalui kehidupan ini, dibawah langit yang sama, lantai bumi yang serupa. yang berbeza adalah haluan kita yang berliku....
selamat petang nisah...:) apa kaba ? nisah sihat??
ReplyDelete@intanfirdaus247
ReplyDeleteselamat petang kak intan berlian..
Alhamdulillah sihat.. baru je lepas jalan-jalan kat umah akak (^_~)
abadikan diri kpd yg Esa...
ReplyDeleteinsyaALLAH
terasa sgt2 kerdil akak nie :(
ReplyDeleteYa Allah Akulah hambamu yg lemah lagi kerdil..
ReplyDeleteSalam kak nisah yg gebussss mcm tami.. hihih.. :p
ReplyDeletealhamdulillah..muhasabah diri cma bace ni..
sayanggg akak :)
ai kak nisah my dear=) suke ngn entry ni, memuhasabahkn diri tau=)
ReplyDeleteterror la akak bab bab sajak nih kan kan
ReplyDeletesedar diri.. menumpang di muka bumi ni... :)))
ReplyDelete