Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, December 22, 2012

Bila Orang Sudah Mula Menegur, Saya >>>.>>

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Bila orang-orang sudah mula menegur, saya hampir tersentap !!
tetapi saya cuba juga untuk bersahaja..

ceritanya begini, 
bagi mana-mana sahabat-sahabat nisah yang mengenali Nisah di dalam alam Blog, FB malah yang mengenali Nisah di luar pasti ada yang mula kenal Nisah dengan cara Nisah sendiri...
sesekali ada juga Nisah Post2 status di FB berunsur Islamic, malah yang paling banyak di Blog pun sama, ada unsur2 Islamic sedikit Nisah selitkan, ada juga sahabat-sahabat luar yang meminta pandangan atau nasihat Nisah atau sebarang perbincangan juga Nisah selitkan unsur-unsur Islamic sikit.

My Hubby selalu berpesan, dalam hidup kita.. apa yag kita lakukan.. rujuklah kepada Agama, rujuklah kepada Islam.. InsyaAllah takkan kita tersesat.. Dunia ni memang seronok, tapi ingat akhirat nanti lagi seronok. Sematkan Ilmu Islam di dada, Allah pasti pelihara.. jangan jadikan alasan itu , alasan ini untuk menjadi perkara-perkara mungkar sebagai makanan hidup kita. 

Sahabat-sahabat..
ada seorang Sahabat berjumpa dengan Nisah...
dalam kami bersembang-sembang entah bagaimana ia mencelah dan berkata 
"kau ni, selalu sangat lah nak post2 ayat2 bagus kat FB & blog, ko dah kenapa? Ko tak payahlah nak tunjuk alim & baik. cukuplah cara ko berpakaian ni, org tgk pun dah tau ko memang baik, tak payah nak tunjuk-tunjuk sangat.."

terdiam Nisah mendengarkannya, lalu Nisah pun jawab
"ishhhh bila masa pulak aku kata aku baik, dan aku tak suruh pun ko tengok pakaian aku & judge aku orang baik2, dan aku tak pernah kata aku alim. dan aku jugak tak pernah kata orang2 lain tu jahat, tak pernah. malah aku rase sepanjang hidup aku, aku tak pernah sewenang-wenangnya nak tegur orang melainkan kalau org tu sendiri minta pendapat aku, itupun aku tak paksa.. ikut sukalah, nak dengar ke tak.."
sahabat-sahabat , ikhasnya.. benarkah Nisah seperti itu?
Budget nak tunjuk baik je ???

Sebenarnya begini,
Nisah bukanlah orang yang baik-baik aja,
seperti orang-orang lain, ada masa melakukan kesalahan....

1. Issue Pakaian
Ya, bukan Nisah tak pernah pakai baju ketat, 
Nisah pernah pakai baju sendat walaupun belum nampak pusat
walau pun tak pernah pakai skirt singkat, tetapi pernah pakai tudung sekerat... Pernah... pernah juga, bertudung, berstokin tetapi baju nampak montot,.. pernah, nisah pernah pakai. (ni bukan nak mengaibkan diri sendiri, ingin bercerita) ... Malah hubby dulu pun tidak pernah tegur, jadi bertambah bersuka-suka lah nisah kan....
Namun, hari berganti.. musim berubah.. tahun berlalu....
semakin matang, semakin dewasa...
melihat adik-adik remaja berpakaian sama seperti Nisah..
bertudung tapi seolah2 berbogel, terdetik di hati "Alaaa buruknya begitu" melihatkan diri di cermin, berbisik sendiri "ohhh rupenya aku begitu" ... didalam masa yang sama satu persatu musibah hadir dalam kehidupan Nisah, Nisah mula belajar untuk menerima setiap Musibah itu sebagai balasan @ ujian dari Allah.. dari situ Nisah berubah untuk menjadi lebih baik... dari berpakaian ketat, Nisah mula belajar pakai baju yang labuh-labuh sikit... membiasakan diri.. walaupun masa itu Nisah perlu melaburkan sedikit wang untuk membeli pakaian baru, tidak mengapa. 

itukan permulaan, perlulah bersusah sedikit kan... 
sehingga suatu masa saat ketiadaan Hubby, masa itu beliau di tugaskan ke Istanbul, Turki. tinggallah Nisah seorang di rumah, dengan tidak bekerja (masa tu hubby suh Nisah berenti kerja) setahun menjadi surirumah , tanpa bertemankan hubby, anak pun tiada , kucing pun xde, Nisah keseorangan, (nasib baiklah rumah mak mertua selang 2 pintu aje), maka setiap harilah Nisah berkampung di rumah mereka. dari pagi bertemu ke Maghrib, kesempatan itu juga Nisah setiap hari ikut mereka solat di Masjid, Masa tu terdetik di hati Nisah... kerdilnya ni sangat, malu bila Nisah duduk dekat dalam Masjid tu.. tengok mak cik2 yang tua - tua masuk ke Masjid, sedangkan Nisah yang muda ni, yang berkudrat ni, jarang-jarang jengah ke Masjid, malu pada diri sendiri... sedikit demi sedikit Nisah menambah ilmu di dada, kesempatan ini perlu Nisah isi sebaiknya... dengan Ibu mertua Nisah banyak belajar,.. (Mertua Nisah ni adalah di antara orang2 yang beragama sedikit).

sampai satu masa, suami Nisah pun pulang dari Turki, beliau di tugaskan untuk berhijrah ke Langkawi, Kedah. kami berpisah lagi, berbulan-bulan lagi. Nisah masih di Manjung, Perak menjalani rutin seperti biasa. Dengan berbekalkan pengalaman pahit yang pernah Nisah lalui di Manjung, Nisah bernekad untuk menjadi "Baru" bila Nisah sampai di Bumi Langkawi. Nisah mahu tinggalkan semua kisah silam menjadi sejarah, sekali gus membiarkan ia menjadi pengajaran yang bermakna, untuk Nisah ingat bahawa Allahu AKbar..... 

oleh itu, bermula dari Sebulan sebelum Nisah berpindah ke Langkawi, Nisah mula tinggalkan berpakaian seluar, berjinak-jinak dengan Baju Kurung & Jubah.. ada yang menegur. "kenapa begini, ini pakaian orang-orang tua lah" Nisah tersenyum, takpelah kalau pakaian orang-orang tua, asalkan suami Nisah setuju & suka.. Cantiknya biarlah suami aje yang nampak kan... (^_~) ..sehingga dari itu sehinggalah sekarang, beginilah caranya. Selesa begini. biarlah tidak nampak cantik di mata manusia. (tapi janganlah kata Nisah tak pakai seluar, kalau nak pergi piknik, Nisah pakailah tracksuit & baju muslimah tu) hehehe gila ko, nak melepak tepi sungai pakai Jubah. !!!

2. Issue Ayat-Ayat (okey yang ni pendek je)
Status2 kat fB atau entri kat blog ni berunsurkan Nasihat & Islamic..
itu bukan nak tunjuk pandai ayang-ayang sekalian, tu Nisah nak share sahaja, untuk bekalan Nisah,  untuk pengetahuan anda, bukan Nisah kata anda semua tidak pandai, tidak tahu pasal agama, tidak ! tidak ! bukan itu maksudnya, Nisah post2 tu semua, adalah cara untuk nisah nasihatkan diri sendiri dan cuba berkongsi sahaja. Yelah, kadang-kadang bila kita ada masalah, ingin kita luahkan.. nanti kalau luahkan seketul2 rasa hati, takut2 ada hati yang terluka, silap-silap teraib diri sendiri, jadi Nisah wakilkan dengan ayat-ayat Mutiara Kata, Ayat-ayat Al-Quran. Dan Ayat-ayat tu takkan terpadam dari ruang-ruang ini, jadi bolehlah ia menjadi buku sejarah untuk anak-anak Nisah akan datang supaya mereke mengenali siapa emak mereka sebelum kelahiran mereka. Semua ayat-ayat Nisah bukanlah ayat nak tunjuk pandai , nak tunjuk alim, nak tunjuk baik. Bukan, jangan salah sangka.



(^_^) monolog cermin hati >> sahabat-sahabat, hidup menuntut kita membuat pilihan, maka pilihlah pilihan mana yang kita inginkan...
"Penghargaan Manusia atau Redha Allah" ...... Wallahualam...





26 comments:

  1. suka entry nie,..like like akak suka sangat,..kita perlu berubah ke arah lebih baik bukan makin mundur ke belakang pakai pakaian zaman batu....

    nak add nisah kat fb lah....bg link.... tak pun nisah add akak
    Izan Hussain Mia......heheh... :)

    ReplyDelete
  2. biasalah tu perubahan kearah kebaikkan akan sentiasa mendapat teguran, yg pening hati kita kan...

    ReplyDelete
  3. wow...ada ek orang macam tu?

    hmm...lebih baik pekak kan telinga je..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya ramai org macam tu nisah...bila kz post status di fb/blog yg berbau islamik, itu untuk peringatan kpd diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka entry nie....Perubahan ke arah kebaikan...Biasalah manusia...kalau nak berubah jadi baik mesti orang mengata...

    ReplyDelete
  6. org yg ckp gitu barangkali imannya tiade iman... sgt setuju n3 nisah nie... kadang kita tak de niat buruk pun kan.. tp org salah sangka.. post2 unsur agama itu bagus.. itu saham akhirat.. bila org bace kita dpt pahala serta merta.. islam itu indah.. senang nak dpt pahala kalau pandai... orang mcm tue cetek akal fikirannya.. sabar lah Nisah.. Allah sentiase maha mengetahui... pikir positive je ya... bagus suami nisah macam tue.. ayu teringin bersuamikan macam tue.. tp tak dpt nisah.. malah bila asyik bercakap pasal agama makin bergaduh..

    ReplyDelete
  7. napa pula macam tu..
    ada juga orang macam tu kan..

    ReplyDelete
  8. kak..org baik2 mmg slalu diuji..semoga akak menghadapi ujian dgn senyuman :)

    ReplyDelete
  9. pesanan yg bagus kan..nice sharing..pssstt. bla nk mai alor star..insyallah xdak hal bley la kite dating kan??hihii..akk duk lngkawi kan??

    ReplyDelete
  10. tak salahkan kalau kita berkongsi benda yg baik..tak bermaksud kita nk tunjuk alim..
    mungkin org yg tegur tu dia cemburu dgn perubahan akak.sabar yer.macam2 dugaan kalau kita da berubah ni

    ReplyDelete
  11. salam kak..
    alahai..cma plak yg terguris ni..bkn ape..pernah jgk kena situasi mcm ni..
    tp tu la.. mulut orgkan??

    setuju ngan kata2 akak tu..
    cma pun bukannye alim & warak sgt..

    perubahan tu perlu ada kan kak..yg penting dari x elok ke yg elok.. insyaAllah..cma sokong akak dari belakang.. sampaikanlah walau sepotong ayat..

    sayammmm ahkak ketat2 :)

    ReplyDelete
  12. Sabarlah Nisah... Dugaan sebenarnya.. Abaikan orang yang berbulu matanya tu... Kadang2 teguran macam tu benrunsurkan dengki... abaikan je ye.. Doakan terbuka pintu hatinya menerima penghijrahan Nisah,,,

    ReplyDelete
  13. @izan mama mia
    perubahan memang perlu byk bersabar. lagi2 dari mulut2 org sekeliling (^_~)

    ReplyDelete
  14. @Masya
    betul tu.. kalau asyik dgr kata org, tak kemana lah jawabnya ..

    ReplyDelete
  15. @gadisBunga™
    yapp GB, memang ramai, cume kadang2 sesekali je jumpe :)

    ReplyDelete
  16. @Norhaizan hakim
    ye la KZ, bukan nyer kite nak menunding jari. tapi untuk diri sendiri & ingin berkongsi je...

    ReplyDelete
  17. @rohayu osman
    Ayu, nak puaskan hati semua org bkn senang, kite juga tak mampu nak minta mereka memahami kite. tapi ckp lah kalau mereka tak pandang enteng kan..

    ReplyDelete
  18. @Che Rosliza Che Mat
    Thanks kak, bkn senang nak buat org gembira dgn kite. semuanya menjadi bahan bercakap...

    ReplyDelete
  19. @:::aZiE:::
    Thanks Yang..
    kekuatan akak adalah Iman akak, biarlah kata orang ..

    ReplyDelete
  20. @Deq's Qienz
    Sharing Is Caring, Caring Is Always Loving

    ReplyDelete
  21. @Adriana
    itulah Ana, akak cume berniat utk berkongsi je. bukan pula akak menunjuk2. masing2 ada cara masing2. tapi sayang, manusia tak semua faham apa yg kite cube sampaikan..

    ReplyDelete
  22. @♥ Cmª shIemª ♥
    peluk Cma ketat-ketat.

    Thanks CMA, awak selalu ada untuk bangkitkan semangat akak (^_~)

    ReplyDelete
  23. @Dayana Bahar
    terima kasih Ana, Nisah juga doakan mereka-mereka di luar sana diberikan Hidayah untuk lebih baik..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!