Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
di pagi yang indah ini, nisah dengar berbesar hati nak share tentang rase-rase cemburu ni...
mesti pernah rasa kan..
orang kata cemburu ni tandanya sayang..
tetapi kalau sudha berlebihan, apakah maknanya???
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu… Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bahawa org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik & yang mana buruk.
Dlm kebanyakan hubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.
Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kapad kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.
1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walaupun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi & dengan siapa.
9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
11. Jangan terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.
Sekarang mari kita belajar cara-cara nak mengatasi sifat cemburu ni..
1. Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah unutk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya juga.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memag seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepat lah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada org lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?
7. Ramai orang yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yg karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan org lain.
10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorang setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tak kira lah samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.
Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda-tanda awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendapat pasangan yg cemburu.
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa-bawa dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semulajadinya & jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya walaupun dia tidak sama seperti org lain.
4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.
6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan kita berdua.
(^_^) monolog cermin hati >> perempuan dan cemburu, mana mungkin mampu dipisahkan ?? mungkin perempuan boleh menyimpan segala perasaan, suka duka, cinta kasih terhadap sesorang bertahun lamanya atau mungkin sepanjang hayat. Namun tidak akan ada perempuan yang mampu menahan rasa CEMBURUNYA walaupun seminit. FACT !! (including me) ohoiiiiiiiii .......
perasaan cemburu tu normalkan...cuma kena pandai kawal...nak kawal dah ada cara yg dicadangkan dlm entry ni..nice...:)
ReplyDeleteCemburu..tak tau le kalau ada org yg tak der perasaan cemburu pada pasangannya..cemburu tnda sayang kan..dan cara mengawalnya...tq nisah for the info..
ReplyDeleteReply komen@'Acara Menambah...'
Nasi dhal tu macam nasi minyak biasa, cuma ditambah kacang dhal semasa memasaknya..popular di sebelah utara.
sha ada perasan ni..dan tkut bila khwn nnt akan lbh teruk pla..huh
ReplyDeleteCemburu ni perlu tapi jgn terlebih..
ReplyDeleteCemburu tanda sayang..hihi
ReplyDeletetapi klu cemburu berlebihan bahaya plak...hehe..
Nice sharing Nisah :)
huhu.
ReplyDeletesaya jenis kuat cemburu. tapi takdelah sampai tahap call all the time atau menggeledah brg orang utk cari bukti ke kan..
tapi sekarang dah kurang. cuba kurangkan sebenarnya. sebab cemburu ni banyak berkait dengan prasangka dan kebanyakan prasangka tu tak betul pun..
Cemburu memang perlu ada.. tapi janganlah sampai keterlaluan.. Tq sebab sudi singgah blog akak..
ReplyDeleteinsyaallah boleh dikawal
ReplyDeletesenang kata kan kak nisah, cemburu tu boleh, tp berpada-pada gittu,,walaupun sebenanya dlm hati ni nk cekik2,hahahaha
ReplyDeleteakak... kenas sedasss kt cma ni... huhuh...
ReplyDeletesaye cemburusss orgnye... huhuh..
tp chemburuss bertempat la.. xde sampi nk bunuh diri bagai (na'u zubillah)
kena baca byk2 lgi ni... saye berani sahut cabaran akak mengawal cemburu... huk huk huk.
doakan saye! :)
@Aishah Jahirah
ReplyDeletekalau xde perasaan cemburu tu lagi pelik ka hehhe
@Norhaizan hakim
ReplyDeletekak, entry ni sengaja di buat, untuk puan blognye jugak !! yg suke nak jeles2 ni hehehe
>> thanks kak, nanti nisah try masak nasi dhal ni ye..
@sHaRiNa eLyaNa
ReplyDeletemgkn sha masih muda.. perasaan x dpt di kawal.
tp akak percaya, kalao sha usaha pasti sha mampu kawal kan..
gud luck dik !! :)
@Si Matatajam
ReplyDeletesetuju M, perasaan cemburu kan sebahagian dr tanda kasih sayang :)
@aTieYusof Family
ReplyDeletekalau berlebihan ni kan, kdg2 bole buat org bosan gan kite.
bahaya tuu !!
terima kasih kerana singgah e sini :)
@gadisBunga™
ReplyDeletememang, dulu nisah pun kuat cemburu, part geledah tu mmg keje nisah lah dulu. tp skang dah okey sket hehhehe
@Nur-nba
ReplyDeleteterima kasih, singgah ke sini :)
@Mimie
ReplyDeletemesti punye,
perasaan hak milik kite..
@NORSHAHFEZA HAMSAN
ReplyDeletehahhaha ganaz betoi budak tecik nih !!
peeja, akak kalau cemburu bkn nak cekik2 je..
kalau boleh akak nak lenyek2 die bg jd mcm capathi je.. muahahha
@♥ Cmª shIemª ♥
ReplyDeletehahahha cma sayang. akak pun kuat cemburu jugak dik non !!
kalau boleh, akak nk je ttp mata hubby akak dr tgk owang lain. tp lelaki ni kan !!
semuanya dtg dr iman & hati je..
>> sahut dik !! akak pencabar awak CMA.. chaiyok !!