Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, December 29, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.

Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.

Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka..

Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau mengakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya. Jika kamu orang-orang yang beriman." >> Surah Al-Imran Ayat:139




12 comments:

  1. kerana itu diciptakan air mata :))

    ReplyDelete
  2. ingat Allah selalu, insha Allah tenang :)

    ReplyDelete
  3. kerana setiap masalah dan kedukaan itu pasti ada hikmahnya ...

    ReplyDelete
  4. hanya padanya kita berserah dan mengadu. setiap yang terjadi mesty ade hikmah. percaya kak nisah adelah seorang yang kuat... nice netry akak...

    ReplyDelete
  5. jangan bersedih ..:) selamat malam nisah....:)

    ReplyDelete
  6. jangan di ikutkan kesedihan itu.jom blogwalking..ceriakan hari mu..

    ReplyDelete
  7. salam ka nisah..
    huhuhtersentuh hati baca..dan sedih.. knp mesti sedih?? huhuh..cma xtau..
    tp cma sedih..

    ReplyDelete
  8. Ana readykan bahu ana untuk nisah ye.. hehe

    ReplyDelete
  9. kadang kadang hati ni memang tak tahan utk bersedih, tp cepat2 tsedar sbb Allah sentiasa ade utk kita =,)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana setiap kata2 mu dik menyedarkan hati yg amat terluka dam bersedih ini...kini hati dan cinta hanya utk ALLAH...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana kata2 yg begitu meruntun jiwa yg menyedarkan hati yg begitu terluka dan bersedih....kini hati dan cinta hanya utk ALLAH...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana setiap kata2 mu dik menyedarkan hati yg amat terluka dam bersedih ini...kini hati dan cinta hanya utk ALLAH...

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!