Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Selamat Pagi >> Di hari Jumaat yang Indah, Pn. Wifey, masih bercuti.. walaupun bersendirian. Tidak mengapa. Kalau itu yang terbaik (^_~)
sambil-sambil melayan jiwa, mari bersama-sama membaca sedikit entri di bawah.
agak-agak, tersentuh tak ??
Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:
1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.
5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> sungguh !! saye tersentuh . En. Hubby, saya minta maaf atas segala kekhilafan saya. adakala saya mengguriskan hatimu, sedangkan kamu tidak pernah berkecil hati. Selalu saya merungut itu dan ini, sedang kamu tidak pernah mengeluh. Hubby, Mencintai kamu & Menyayangi kamu adalah hal yang indah pernah saya lalui.
salam kak nisah...
ReplyDeletehuhuh... tersentuhnye baca...nk2 pulak sambil dgr alunan zikir ya latiff tu.. :'(
rase nk peluk & cium je en hubby cma bila terbaca ni..
i love you en alan <3
tq kak for sharing this..semoga kita sama2 menjadi isteri yg terbaik utk suami kita..
* dah coti eh?? jelessssnye saye..*
salam
ReplyDeleteakak suka dgn nota kaki tu..:)
Akak pun suka dengar zikir nie....nicelah kata2 yg last tue...
ReplyDeletetetiba tak sabar tgg suami balik dr kerja petang nie...
ReplyDeletebaca yg no4 tu nisa rasa sedih sangat..thanks 4 sharing :)
ReplyDeletenak share kat fb boleh yea :)
ReplyDeleteOh suami ku... :D
ReplyDeleteermmm tacengnya..zikir stiap pagi mmg tersgt bagus kan kak.tenang rasa nkwat keja pon best..
ReplyDelete@Tihara
ReplyDeletesila lah share kak,
thanks ye (^_~)
sedihnya baca....moga dapat suami yg memahami nanti...salam jumaat.
ReplyDeletemuhasabah diri, moga suami dan Allah ampunkan dosa yang kita lakukan samada sedar atau x.....
ReplyDeleteterima kasih dengan perkongsian ni kak... kadang2 ada jugak saya buat salah dengan suami.. hmm perlu mintak maaf segera.. betapa mulianya mereka.. tacing saya huhu
ReplyDeletepayah nak jumpa suami berhati mulia macamni, so bila dah jumpa jagalah hatinya demi kerukunan rumah tangga mu..
ReplyDelete@♥ Cmª shIemª ♥
ReplyDeleteCMA, selagi cma peluk cium hubby cma, silalah buat begitu. tapi awas kalau ke suami ahkak!! akan ku cincang dirimu lumat-lumat.. muahahhaha...
>> InsyaAllah dik, akak pasti kite mampu menjadi yg terbaik utk mereka (^_~)
@❤Kamsiah❤
ReplyDeleteW'salam kak, Nisah menaip nota kaki itu sambil bergenang airmata :'(
@Che Rosliza Che Mat
ReplyDeletethanks akak, sama-sama kite bekongsi ye..
@izan mama mia
ReplyDeleteuntunglah suami balik petang ni, nisah kena tunggu lagi 5 hari huhuhu
@Tihara
ReplyDeletekan kak kan.. Nisah touching utk semua sekali
@THE LEKAT LEKIT STORY
ReplyDeleteoh suami, kamulah pengarang jantung & jiwa hehehe
@Deq's Qienz
ReplyDeleteye dik.. pembuka pintu utk menjalankan kwajiban dgn tenang...
@Aishah Jahirah
ReplyDeletesalam jumaat, InsyaAllah..
@maszmadi
ReplyDeleteInsyaAllah, keampunan suami adalah redha buat isteri (^_~)
@BERT
ReplyDeletexpe dik, selagi ade peluang.. selagi tu lah kite ade harapan utk memohon maaf.. kite insan biasa yg byk kekhilafan...
@kak nora
ReplyDeleteterima kasih Bunda..
doakan buat kami menjadi lebih baik ye..