Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Pagi tadi, ummi telefon Klinik Bon Ton (Private Animal's Clinic)
Ummi & Abi bercadang nak spay kan Si Tami Dan Meoowww..
memandangkan esok ummi dah mula bercuti, jadi ummi nak bawak mereka berjumpa doktor, sekurang-kurangnya masa mereka lepas operation, boleh lah ummi jaga.
Memandangkan Meoww baru bersalin pada 09.12.2012 yang lepas, ummi tanya pendapat doktor samada Meoowww boleh buat pembedahan atau tidak. Ternyata doktor tidak bersetuju, menurut Doktor, sekurang-kurangnya perlu tunggu sehingga 4 minggu.
Oleh yang demikian, ummi hanya membuat temujanji untuk Tami sahaja bagi meneruskan sesi pembedahan spay tersebut.
Date : 26.12.2012
Time : 10.30 am
Pick Up Tami : 5.00 pm
Doktor pesan , Tami kena puasa pada 25.12.2012 dari jam 10.30pm..
Tami, Ummi minta maaf sebab ummi terpaksa Spay kan kamu, bukan ummi tak sayang. tapi ummi tak mampu nak jaga ramai-ramai, lihatlah rumah kita sekarang dah ada 12 ekor, rasenya cukup banyak tu ummi & abi jaga. Sampai bila ummi perlu simpan Tami dalam rumah hanya kerana ummi takut kamu mengandung, Jadi ummi & Abi buat keputusan untuk spay kan Tami. Maafkan ummi, ummi resah, ummi serba salah. Tapi ummi lebih rasa bersalah jika ummi menahan nafsu kamu. Mengongkong kamu. Sungguh Ummi tak berdaya. Ya Allah, Kau bisikkan pada Tami agar dia memahami apa yang terbuku dalam hati ummi, sesungguhnya aku adalah insan yang lemah.
(^_^) monolog cermin hati >> ada yang tidak setuju untuk ummi spaykan Tami atau Meooww, tetapi berdasarkan fakta yang ummi baca, ia di bolehkan..
SOALANAPAKAH hukumnya jika kita mengasikan haiwan seperti kucing?Adakah ia dibenarkan dalam Islam?JAWAPAN:Islam amat menjaga kebajikan semua pihak termasuklah haiwan peliharaan manusia. Dalam hal ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-38 telah memutuskan bahawa mengembiri (mengasi) binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah (kepentingan umum).
xapa .demi masa depan tami..nanti kalau ramai2 tami terbiar lak kan..cayang tami!
ReplyDeletex apa..bukan nak aniaya dia..tp utk kebaikan dia juga..
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeleteermm..kesian kat tami.. tpi xmengapalahlan utk kebaikan dia & ummi jgk.. mesti tami faham tu..
huhuh...
semoga tami faham perasaan ummi die
ReplyDeletelaa kucing ker..uniknyer nama
ReplyDeletebetui tu..
ReplyDeletesebab kucing pegnen 3 bulan
setahun 4 kali tu beranak..
Pencinta Kucing rupanya Nisah ni yek...
ReplyDeletejemput dtg blog ta kalau ada kelapangan tq
ReplyDeletesy suke kucing tp xleh jge kucing takut sesak nafas
ReplyDelete