Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, November 15, 2012

Bermulalah Dengan Diri Sendiri


Maal Hijrah 1434 yang pertama, dimulakan dengan entri yang nisah kira ia akan berguna dan memberi manfaat kepada kita yang mungkin ada antara kita yang telah menjadi seorang isteri, bakal menjadi isteri atau dapat di manfaatkan untuk berkongsi dengan suami atau bakal suami . menjadi iktibar atau menjadi bahan perbualan, untuk terus memantapkan hubungan.... Dengan lafaz Bismillahirahmanirohim..

Pernah dikisahkan, suatu hari Fatimah binti Rasulullah dengan tidak sengaja menyebut sesuatu tang menyentuh hati suaminya Ali. Fatimah melihat wajah Ali berubah seolah-olah terasa dengan kata-katanya. Berkali-kali Fatimah memohon maaf namun Ali mendiamkan diri, wajahnya tidak berubah. 

Fatimah terus memohon ampun. Kali ini dia berlari anak mengelilingi suaminya sampai merayu memohon ampun. Setelah 70 kali dia tawaf mengelilingi suaminya lalu Ali menguntumkan senyuman, tanda keampunan telah diberi.

Berita itu sampai ke telinga baginda Rasulullah. Kata baginda kepada anak kesayangannya, 'Andainya engkau meninggal dunia sebelum sempat mendapat keampunan suamimu nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazah mu.'

Kisah di atas menjadi petunjuk betapa tingginya martabat suami sehinga baginda Nabi berkata demikian kepada anak kesayangannya. Ia juga menjadi contoh peringatan kepada para isteri.


TETAPI


Buat para suami, cerminkan diri. Ramai yang mendambakan isteri yang taat, isteri yang solehah sejuk mata memandang. Pada masa yang sama sudahkan anda menjadi suami yang soleh? Yang boleh menjadi tauladan dalam keluarga? Berakhlak dengan akhlak yang terpuji?

Jangan membiarkan diri dimalukan, mahukan yang terbaik tetapi diri sendiri tidak terlebih dahulu menjadi yang terbaik...

Muhasabah diri untuk terus berusaha menjadi yang terbaik...



(^_^) monolog cermin hati >> Sabda Rasulullah SAW: wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.





4 comments:

  1. betul tu... tp percayalah allah ciptakan.. perempuan yg baik.. untuk lelaki yg baik juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. dengan siapa pun kite di jodohkan, pastinye itulah yang terbaik walaupun tanpa kite sedari (^_~)

      Delete
  2. setuju kak,,mksudnye dua2 pun kena same2 taat soleh dan beriman,,barulah harmoni,,hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dik, suami akak pesan, kalau nak jaga hubungan rumahtangga,
      perbaiki hubungan kite dengan Allah dulu,
      take care !!

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!