Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, November 24, 2012

yang ringan-ringan aje di hujung minggu

hehehe tajuk tak hengat kan....
okaylah , hari ni nak rehat rehat
jadi nisah publishkan entry yang ringan-ringan je ye..
penat bekerja 5 hari, inilah masa nak relax relax kan....

semoga cerita kat bawah bole buat anda ketawa....
(^_~)


Cium di Tiga Tempat

Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:
Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"
Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."
Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"
Wanita: "Paris, London dan New York."



Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".


Harta karun Pak Pandir

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. 

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. 

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis 

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".




(^_^) monolog cermin hati >> hari ni 24hb kan ??? saye nak g jalan-jalan gan enche hubby.. 
pagi ni x dapat BW tau !! InsyaAllah petang ke malam ke nisah terjah mengomen kat entry kawan-kawan ye... Jaga diri tau !! Bubye Tata Titi Tutu...




4 comments:

  1. hehe lawakk gak..yang terkentut2 tuuu ngee...

    ReplyDelete
  2. @mia izzati
    kan, akak baca pun tergelak-gelak jgk...

    ReplyDelete
  3. wahhh tajuk,hahaha

    lawak jek semuanya,,wah g jln2 mane tu?? nk ikuttttt

    ReplyDelete
  4. @NORSHAHFEZA HAMSAN
    hehe akak jejalan cuci mata je dik.. bulan ni x boleh sopink.. window sopink je ngeh ngeh..

    yunk.. nak ikut boleh je, tapi bole ke yunk jd orang ketiga antara kami ?? muahahaha

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

Follow by Email