Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, November 23, 2012

Mencari Diri



Mencari diri. Siapakah diri kita yang sebenar?


Orang selalu bertanya akan hal itu dalam tumbesarannya. Dia hendak mencari identitinya yang sebenar. Aku ini sepatutnya macam mana? Siapa yang aku perlu ikuti? Aku perlu jadi apa?

Persoalan ini biasanya muncul di dalam diri.
Tetapi apakah kita berjaya mencari diri kita yang sebenar, atau kita sekadar imitasi sesuatu yang bukannya diri kita yang sebenar.
Maka di sinilah kita perlu mengetahui, bagaimana hendak mencari diri.



Siapakah yang lebih kenal akan diri?


Ayahkah? Ibukah? Rakan-rakankah? Guru-gurukah? Datukkah? Nenekkah? Abangkah? Kakakkah?


Sebenarnya, walaupun ibu yang mengandungkan kita sendiri, tidak juga lebih mengenali diri kita. Tetapi Yang Mewujudkan Kita di dalam rahim ibu, itulah yang amat mengenali diri kita sendiri.




Ibu tidak mencipta kita. Ibu tidak mewujudkan kita. Kita wujud bila pun Ibu tidak menjangka. Bahkan Ibu menangis apabila kita terwujud di dalam perutnya. Menangis gembira. Terkejut tidak sangka. Kita adalah anugerah. Bukan Ibu yang mampu mewujudkan kita.



Jadi, Yang Mewujudkan Kita adalah yang mengenali kita sebenarnya.



Dia yang faham, kita ini patut menjadi apa.



Dia yang mengetahui, siapa diri kita yang sebenarnya.



Dialah Allah SWT.





Maka, bertanyalah kepada Dia.



Maka, langkah pertama dalam mencari diri sendiri adalah dengan kembali kepadaNya. Cuba perhatikan apa yang Dia bicarakan berkenaan diri kita.



Di manakah hendak mencari bicaraNya?



Allah telah mempermudahkan manusia, makhlukNya, untuk mencari apa yang dibicarakan olehNya di dalam Al-Quran yang dijaga olehNya.



Tetapi, siapakah antara kita yang mengambil Al-Quran sebagai perlembagaan dalam kehidupan kita? Sebagai rujukan dalam pembentukan diri kita?




Silap kita, kita ikut hawa nafsu dalam pembentukan diri

Manusia menjadi gagal, adalah kerana dia mengikut hawa nafsu dalam pembentukan diri.
Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘popular’, kita terus menggerakkan diri kita ke arah itu.
Tanpa kita rujuk kembali apakah sebenarnya yang kita sepatutnya jadi.
Apakah sebenarnya diri kita ini, di atas dunia ini, patut lakukan.


Kita mudah tertipu dengan sekeliling kita. Sedangkan hakikatnya, mereka sendiri tidak mengetahui siapakah diri mereka yang sebenarnya, dan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.



Di sinilah timbulnya kekacauan dalam kehidupan insan.




Mengapa saya tidak memberikan dalil, atau apa-apa daripada Allah SWT untuk artikel ini? Mengapa sekadar sedikit penerangan dan banyak persoalan?



Sebab saya suka kalau kita sama-sama merujuk Al-Quran itu sendiri. Ambil masa, duduk sebentar, cuba cari ayat-ayat yang Allah ceritakan berkenaan kita. Saya berikan beberapa surah untuk anda rujuk.


Surah Al-’Alaq, Surah Al-Mukminuun, Surah Al-A’raaf, dan Surah Al-Hadid. Baca juga Surah Qaaf sebagai tambahan.


Satu demi satu ayat. Helaian demi helaian.



Pernahkah kita menggerakkan diri kita, untuk mengenali diri kita yang sebenarnya?



Atau sebenarnya, kita takut dengan kebenaran, kerana tidak mahu melepaskan keduniaan?



Siapakah yang berani mencari dirinya sendiri, dengan jalan yang membawanya kepada penyelesaian?






(^_^) monolog cermin hati >> Duduk sebentar, muhasabah diri wahai insan.




16 comments:

  1. as salam

    akak selalu dengar vcd terjemahan surah yasiin..bila dengar byk2 kali..rasa sedih sangat..ada ttg kejadian kita..moga kita lebih mengenali diri dan sentiasa diberi taufik dan hidayah Nya

    ReplyDelete
  2. @Tihara
    W'salam kak.. Amiinnn....
    bila kita faham bait2 Al Quran ni, memang tersentuh hati. kadang-kadang menitis airmata.. Semoga kita lebih baik dari sebelumnya....

    ReplyDelete
  3. salam dik
    memang selalu kena muhasabah diri .. kadang2 kita x sedar , kita banyak melihat duniawi ..
    insyaallah dik ..
    sama2 perbaiki diri

    ps : dik akak dah x berani nak cuba dah .. dah jadi takut lak bila jadi salah aritu .. huhuh .. x perlah nisah .. apa2 pu TQ sbb sudi buatkan tutor utk akak ..

    kalau ada org tolong buatkan baru akak berani ekeke .. nak cube sendiri nie dah lah bute IT ekeke ;)

    ReplyDelete
  4. Sentiasa audit diri kita kata Prof Muhaya.
    Benar, utk mengenali diri sendiri adalah dengan mengenal si PENCIPTA yg maha agung!

    ReplyDelete
  5. @ieda
    W'salam kak, kite manusia yang banyak khilaf. ada menda yang kite sedar, ada menda tanpa jangkaan. asalkan ada usaha untuk perbaiki, pasti berjaya. :)

    ReplyDelete
  6. @Norhaizan hakim
    ye KZ, seharusnya begitu, kite ni bukan sesiapa tanpa Dia...

    ReplyDelete
  7. @Adriana
    InsyaAllah, usaha tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  8. monolog diri yg ptt diri selalu monologkan...hanya Dia yang tahu apa yang terbaik utk kita dan kita harus sentiasa meminta kepadaNYA menunjukkan apa yg terbaik...tersedar dr lamunan baca entry ni...thnks...:)

    ReplyDelete
  9. @Aishah Jahirah
    terima kasih jenguk ke sini, entry yang biasa-biasa aje.. akak pun kena byk muhasabah diri.. :)

    ReplyDelete
  10. kdg2 saye pun terfikir kak semua ni,,

    tp semua ni bg kite peluang muhasabah diri, mendekatkan diri kepada Allah kan kak nisah, Dia lah segala-galanya

    ReplyDelete
  11. nak tau siapa kita? buka saja al-kitab. :)

    ReplyDelete
  12. @NORSHAHFEZA HAMSAN
    yunk... kite org biasa biasa aje, berubahlah perlahan2, asalkan bertindak, peribahasa kate : sikit2 lama2 jadi bukit. (^_~)

    ReplyDelete
  13. @gadisBunga™
    Alhamdulillah, pasti jumpe empunya diri selepas memahami isi kandungannya :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!