Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, November 19, 2012

kegagalan itu adalah langkah pertama

  
credit to my deariest "google"


Perjalanan manusia penuh dengan liku-liku
Selalu berbeza tanpa batas ruang dan waktu
Kegagalan kadang kala menyakitkan kalbu
Jika tiada pembimbing bagi hati yang pilu



Ketika akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda
Hanya keikhlasanlah yg menolong pedihnya jiwa
Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita
Pasrahkanlah segalanya pada Sang maha Bijaksana



Percayalah bahwa Sang Pencipta maha mengetahui
Sehingga sanubari sentiasa berzikir tanpa henti
Renungkanlah makna hidup setiap insan di dunia ini
Nescaya kebahagiaan akan merasuk dalam ruang hati



Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan
Kerana ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan
Kerinduan akan kebahagiaan selalu didapatkan
Bagi seorang yg berfikir bahawa hidup adalah ujian



Jadilah hamba Allah yang baik saat melalui segala cubaan
Sehingga jiwa yang tenang menghampiri nuansa kebahagiaan
Tataplah masa depan melalui doa dalam langkah kemenangan
Kerana tiada hal yang sia-sia dalam setiap jalan pengorbanan.



(^_^) monolog cermin hati >> bila terjatuh kerana gagal, pilih lah samada mahu bangkit semula atau terus terdampar tanpa berusaha.


6 comments:

  1. ini hasil karya kak nisah ke?
    huhu..muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. salam kak nisa,=)

    betul tu,,kegagalan sebenanya bukn pghujung tp permulaan =)

    ReplyDelete
  3. @NORSHAHFEZA HAMSAN
    w'salam yayunk...
    kan, tp sayang ade sesetengah org akak tgk akn anggap kegagalan tu seolah-olah pengakhiran segalanya....

    ReplyDelete
  4. indah betul susunan kata2 dia.. klau nureen x pandai nak karang ayat2 mcm ni..
    tp betol, skali kita gaggal bkn selamanya kita akan gagal.. bangkitlah n berjuanglah demi hidup :)

    ReplyDelete
  5. @::NureeN::
    thanks nureen, dalam ape cara sekalipun kehidupan harus di teruskan :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!