Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, November 16, 2012

Marriage: Make A Choice and Make It Work

Photo
Cuti-cuti sekolah ni, ramai orang ambil kesempatan buat kenduri kahwin, saye ? dah berlalu zaman kawen-kawen ni, skang tengah sibuk menjaga perkahwinan ni je InsyaAllah selalu berdoa agar Allah panjangkan jodoh kami, kekalkan kami hingga ke akhir nanti. Amin..

Tujuan berkahwin bukanlah sekadar untuk menghalal antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, malah matlamat utamanya ialah menuju syurga. Banyak perkara yang kita perlu pelajari dan bersiap sedia sebelum dan selepas berkahwin. Begitu juga banyak lagi yang akan kita pelajari melalui proses pengalaman selepas berkahwin. 
nak jadi suami bukan senang, nak mengharungi pengalaman seorang isteri bukanlah mudah. Namun semuanya akan menjadi senang, jika toleransi kedua-kedua pihak, akan buat setiap satu perkara tu berjaya.

1. Ketua keluarga.
Nama pun ketua, maka dalam banyak hal, dia perlulah mengetuai atau mendahului. Sebagai persediaan, perlulah dia mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi ketua. Antara yang penting ialah menjadi ketua ketika solat, imam lah tu. Mana boleh nak tolak bini ke depan untuk jadi imam ketika solat.


2. Pembuat keputusan atau Hakim
Suami isteri perlu sentiasa berbincang dalam segala hal. Kata pepatah, sepakat membawa berkat. Namun keputusan terakhir berada pada suami, membuat keputusan dan bertanggungjawab keatasnya. Namun untuk menjadi seorang pembuat keputusan yang adil juga memerlukan ilmu yang cukup. Kalau kita biasa beranggapan konsep sama rata itu adalah adil, itu sebenarnya silap. Contoh mudah, kalau kita ada beberapa orang anak, untuk bersikap sama rata katanya, kita membelikan beg sekolah Doraemon untuk semua anak2 kita, baik yang di tingkatan lima mahupun yang di darjah satu. Nampak kurang adil di situ kan. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di sinilah perlunya pertimbangan jitu seorang suami atau ayah. Kalau ianya tiada hubungan dengan hukum syariat, maka lebih mudahlah untuk membuat keputusan. Tapi apabila berkait dengan syariat, perlu dinilai berdasarkan hukum sebelum membuat keputusan. Contohnya, apabila berlaku pertembungan antara kepentingan ibu dengan isteri, maka seorang anak lelaki mesti mengutamakan ibunya dahulu. Jangan dah dapat isteri cantik dan kaya, ibubapa dipinggirkan.


3. Berijtihad
Dalam keadaan tertentu suami atau ayah juga perlu berijtihad demi kemaslahatan 'rakyat' di bawah tanggungannya. Satu contoh, suatu hari kita sekeluarga pergi melancong. Tiba di hotel, waktu asar sudah hampir luput. Negeri orang putih pulak, bilik hotel tidak disediakan penunjuk arah kiblat. Kompas kiblat pula terlupa nak dibawa. Handphone pulak kodi, tiada kompas. Maka pada ketika itu menjadi tanggungjawab suami untuk menggunakan segala ilmu dan kemampuannya untuk berijtihad menentukan ke mana perlu mengadap untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam memastikan makanan yang masuk ke dalam rumah dan dimakan ahli keluarga sama ada halal atau tidak, di bawah tanggungjawab suami. Tapi kalau si suami itu jahil, ilmu yang tak berapa nak ada, macamana ya...??


4. Memberi nafkah
Jangan dok ingat nafkah ni yang "ehem ehem" je. Yang utama lagi ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Walaupun isteri kaya meliana (milionnaire kata orang putih), nafkah adalah wajib keatas suami. Makan minum untuk sehari semalam mengikut kebiasaan setempat, pakaian sepersalinan setiap tahun ikut keperluan, dan tempat tinggal yang selayaknya. Nafkah ini hanya gugur sekiranya isteri kata, "takpalah bang, saya gugurkan hak nafkah makan pakai saya, biar saya beli sendiri." Nafkah yang seringkali kita terlalai ialah nafkah emosi, di mana suami perlu memberikan rasa ketenangan, kebahagiaan dan rasa selamat selama berada di sisi kita, di rumah kita.


5. Pembimbing dan pendidik
Ini merupakan tugas dan tanggungjawab yang penting. Suami perlu mendidik dan membimbing isteri dan anak-anak tentang segala hal; duniawi dan ukhrawi. belajarlah semula fiqh wanita, yang sebelum ini kita tak ambil kisah. Ialah, lelaki ambil tahu hal lelaki je lah. Tapi lepas kahwin, kena tahu pasal hukum haid, nifas, wiladah dan sebagainya. Suami juga mesti menjadi suami yang soleh kepada isteri dan anak yang soleh kepada ibunya sendiri, untuk persediaan mendapatkan isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah. Andaikata suami kurang ilmu, maka hendaklah sedaya upaya menuntut ilmu dan menyampai serta amalkan dalam keluarga. 


Banyak lagi perkara yang hanya akan kita pelajari dan ketahui as the time goes by. Ternyata, ia bukanlah suatu yang mudah yang kita boleh go with the flow. Sebagai kesimpulan, untuk berjaya dalam institusi perkahwinan memerlukan kepada ilmu dan persediaan diri yang cukup. Berbagai cara mencari ilmu pada zaman sekarang; buku, kuliah, ceramah, kelas pengajian, internet; terpulanglah. Sebagai permulaan, wujudkan rasa MAHU dulu, kemudian akan datang USAHA atas MAHU. Perubahan dalam kehidupan pasti akan berlaku. Kejayaan mutlak seorang suami dan ayah ialah apabila dia berjaya membawa bukan sahaja dirinya ke syurga, malah seluruh ahli keluarganya bersama.

       

(^_^) monolog cermin hati >> you have made a choice to get married, now you have to make it work. Selamat Bertunang & Selamat Mendirikan Rumahtangga, semoga kekal hingga ke Jannah.




4 comments:

  1. ,nice tips kak nisa,,tengkiu =)
    akn dijadikan panduan,,

    wahhh cantiknye akak =) hihih ngorat boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're most welcome dik,
      nanti kwen kemput akak tau!! ngeh ngeh ngeh

      akak cantek ye??
      nah 10 hengget, krn puji !!

      Delete
  2. Alololololo comelnya pengantin "vateran" ni..
    Hi3!!!
    Semoga nisah & suami berbahagia hingga ke Jannah!!
    Amin!!!! ;D
    Sorry lama x sggh sini..
    Happy weekend & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cumel kan ?? InsyaAllah Amin...
      akak. u too tau.

      Happy Weekend sis, u too take care
      Mish U More

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!