Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, November 20, 2012

Boikot.......Boikot......Boikot....Jom Boikot !!!!


  

"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"~~ kata manusia yang 'bijak' pandai.

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil, oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", 
mereka mengejek. 
 
Lalu burung kecil itu membalas,
"Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."


Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi..


(^_^) monolog cermin hati >> Jangan sia-sia kan peluang yang telah diberi. pilihan masih di tangan sendiri. terpulanglah....




26 comments:

  1. @syiela
    Jom, jom, usaha yang kecil lebih bermakna dari tidak melakukan apa-apa kan...

    ReplyDelete
  2. ada yang tak sedar... kita kena menyedarkan mereka..

    ReplyDelete
  3. @Dayana Bahar
    betul, xpe lah kite doakan semoga mereka pelahan pelahan akan sedar ... (^_~)

    ReplyDelete
  4. tapi kan... masa kena serang kita boikot, bila dah reda kita selamber makan mekdi balik, bila jadi lagi kita boikot lagi... apekah?

    ReplyDelete
  5. @NM02
    hahahhaha memang setuju jugak, sbb akak pun mcm tu jugak !!.. tapi skang hubby akak dah control. keputusan die muktamad "no MORE MCd" . memang xde pilihan dah !!

    ReplyDelete
  6. huhuhu baru ingat nak makan MCD sok bawa anak2 huhuh

    ReplyDelete
  7. as salam

    bagus entry ni..nanti akak nak selit dalam entry akak in shaa Allah:)

    ReplyDelete
  8. @ieda
    kak ieda, kemahuan anak-anak tak mampu untuk kite halang :)

    ReplyDelete
  9. @Tihara
    W'salam kak.. selit lah jika ia berguna :)

    ReplyDelete
  10. hehe kena ade komitmen yg berterusan kan kak kalau nk boikot ni,,

    kak acane ni? fon saye due2 nokia,,akk belikan lah saye iphone ke,,kekeke

    ReplyDelete
  11. @NORSHAHFEZA HAMSAN
    huhu dik, bkn awk punye aje nokia, akak pon sama ni.. alahai.. br je pakai setahun tau !! nampak nya, impian nak memilik samsung note II perlu di teruskan bg support boikot barangan israel. muahahha boleh kah ??

    ReplyDelete
  12. orang luar negara lagi hebat boikotnye. Kite patut hebat lagi la boikotnye.

    ReplyDelete
  13. Memang dah lama akak boikot..skit demi skit cari produk alternatif...

    ReplyDelete
  14. Balas kunjungan dan follow sini..keep in touch..

    ReplyDelete
  15. muger2 negara pon tetap aman damai sejahtera sentosa senantisa.., aminnn

    ReplyDelete
  16. @gadisBunga™
    GB, hubby nisah bgtau MCd kat jepun dah hampir keseluruhan di tutup sebab xde sambutan. negara kite ?? entah bila ..

    ReplyDelete
  17. @Si Matatajam
    akak, nisah ni baru aje nak start, kat umah tu ade byk lagi brg dorang nisah pakai, pas ni hubby kate barang2 tu takkan ade dalam budget bulanan dah hehehe

    ReplyDelete
  18. @Si Matatajam
    thanks kak, sudi jenguk ke sini :) u too ye..

    ReplyDelete
  19. @Wak Gelas™
    Aminnn, kite perlu keseluruhan umat islam di negara ini berdoa seperti Wak Gelas.. :)

    ReplyDelete
  20. Jika rakyat di negara China dan Jepun mahu memboikot barangan dari America atau Israel.Ya,mereka boleh laksanakannya kerana mereka ada apa yg America atau Israel ada.
    Jepun dan China mengeluarkan kereta,motor,pakaian,barangan elektronik dan lain2.Malah China mampu ada Ipad/Facebook versi China.
    Jika rakyat Malaysia mahu memboikot itu dan ini,apa yang Malaysia mampu berikan kepada rakyat? Nescyaa Malaysia akan kembali ke zaman kuno.Nak pergi menunaikan umrah dan haji pun memerlukan rakyat menaiki kapal terbang.Dari mana kilang kapal terbang?Tentunya dari Amerika dan Perancis.
    Jika majority barangan yg hendak diboikot itu dikatakan milik negara Israel, bagaimana pula dengan America?America seolah2 dilihat sebagai negara Uganda pulak.Seolah2 tidah maju dan langsung tidak ada perniagaan sendiri.
    Ini sekadar pendapat akak.Nisah jgn ambil hati ye.
    Kehidupan akak dan suami sering menuntut kami travel serata dunia,dan kami tak dapat memboikot itu dan ini.Apa2 pun hanya Allah sahaja yg tahu nawaitu hamba2Nya :)

    ReplyDelete
  21. @Cik Canon
    terima kasih kak, nisah tak ambil hati pun. :)
    terima kasih tinggalkan pendapat akak disini. Ye dah tentunya akak dikengkang dengan keadaan akak sekarang. walaupun isu boikot seolah-olah sedang sarat di Malaysia, namun secara logiknya rakyat Malaysia tidaklah sehebat mana dalam memboikot ini. Ada sesetangah pendapat berkata, Boikot ini hanya di lakukan sementara isu perang ini ada je, bila dah reda.. Malaysia seolah-seolah akan lupe isu Boikot ni. Itu benar, Tun Mahathir kan pernah berkata "Melayu Mudah Lupa" bukankah itulah adalah kita ?? Dalam isu ini, boikot di pandang hal utama dalam masalah ini, tapi nisah percaya.. Doa adalah jalan terbaik untuk kita lakukan.. Walau di mana pun kita berada, nisah di sini dan akak di sana.. Doa akan tetap sampai pada Yang Esa . (^_~) akak, setuju dengan akak, hanya Allah aje yang tahu Nawaitu kita kan...

    ReplyDelete
  22. Semoga kita tak putus berdoa untuk kesejahteraan umat Islam tidak kira di Palestin, tetapi di negara2 Arab( negara Arab byk tak bersatu) dan juga di Malaysia juga :)

    ReplyDelete
  23. @Cik Canon
    ada sesetengah pendapat yang pernah nisah dengar.. Islam akan bersatu apabila isu agama, atau sesama di cabar oleh org2 kafir. Islam itu akan bangkit.. tetapi apabila cabaran itu hilang panasnya, Islam itu kembali duduk bersimpuh lalu membiarkan Islam-Islam di tindas.. Tengoklah Islam di negara kita ?? Islam atas dasar nama, amalannya?? Allahu Alam....

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!