Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, November 22, 2012

dan bila marah itu bertamu >> hilangkanlah ia..



A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”



Manusia itu tidak pernah sempurna maka tentunya setiap daripada kita tidak pernah lepas daripada perasaan marah.Amarah itu mainan syaitan.Bila kita berada dalam keadaan marah itulah antara keadaan di mana syaitan dengan mudahnya akan membisik dan mempengaruhi kita dalam membuat keputusan.Sebab itulah kita sebolehnya jangan membuat keputusan dalam keadaan marah kerana ketika itu akal kita tak dapat berfikir secara rasional kerana terlalu terpengaruh dengan emosi marah tadi.


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita.Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur


i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 




(^_^) monolog cermin hati >> Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)




10 comments:

  1. Macam mana tk marah..bilik bersepah..mainan berterabur..buku-buku tunggang terbalik..cawan kat meja ada, kat depan tv ada..kat depan laptop ada..woiii..rumah kita tak ada bibik ya!

    ReplyDelete
  2. aduh....dalam sehari tak sah kalau tak geram..kalau dah geram mesti nak marah..letih......lor....ehe..karenah anak mmg ada kalanya bt hati yg tak sabar jadi marah..grrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. @Norhaizan hakim
    hahahha marah anak-anak gan suami xpe.. marah seorang ibu & isteri kan tanda kasih sayang. mak nisha cakap, "kalau orang marah itu tandanya orang sayang kite" hehehe
    Peace !!

    ReplyDelete
  4. @izan mama mia
    hehehehe memang, nisah xde anak. tapi bile tgk perangai anak sedara cukup buat hati sedikit panas, cane tu??

    ReplyDelete
  5. Kadang2 kakcik rasa dah malas nak marah2... :)

    ReplyDelete
  6. @Kakcik Nur
    Kak Cik, nisah pernah rase perasaan macam tu, sebab Malas.. penat lah nak marah-marah pd menda yg berulang ni ..

    ReplyDelete
  7. thanx kak nisah,,memg perlukan sgt tips cmni kak,,muhasabah diri sendiri =) thanx

    ReplyDelete
  8. NORSHAHFEZA HAMSAN
    muhasabah untuk dr akak jgk. huhu akak pon bole tahan jgk lah marahnye !!

    ReplyDelete
  9. kene sedassss..
    huhuh.. tq for sharing kak..
    muhasabah diri.. -_-

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!