Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, November 3, 2012

Pesanan Rasulullah kepada Siti Aisyah

entry >>auto publish<<
memang tak hot & tak fresh..
entry ini telah di bekukan semalaman...
pagi ni baru dapat di keluarkan.. hehhe 

happy sabtuday everyone..
di pagi sabtu yang indah dan harmoni ni..
nisah sajikan Pesanan Rasulullah kepada Siti Aisyah..
semoga pesanan ini juga dapat di sampaikan pada diri kita sebagai panduan dan pelajaran..


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :
1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana anakanda dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.
Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal jariah yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya walaupun dia sudah mati.


(^_^) monolog cermin hati >> Pesanan buat diri ini yang naif





6 comments:

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!